RESEPI KEK MILO MOIST KUKUS
Sekadar perkongsian. Kita pun tak pandai mana memasak. Tengok resepi orang lain juga.
Sepanjang PKP ni, sempat belajar buat Kek Milo, alang-alang ada milo kat rumah. Pakai periuk kukus je, tak pakai oven pun. Cara nak buat kek ni lebih kurang sama dengan cara nak buat kek pisang.
BAHAN-BAHAN
1. Gandum - 2 cawan
2. Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
3. Baking powder - 1 sudu kecil
* Kesemua bahan-bahan diayak bersama. Dah siap, asing dulu.
Seterusnya:
4. Telur - 3 biji
5. Gula perang - setengah cawan
* Pukul telur dan gula perang sehingga kembang.
Kemudian:
6. Susu pekat - 1 cawan
* Kacau dulu bersama pukulan telur tadi sehingga sebati
Next:
7. Milo - 1 cawan
* Campurkan milo pula & kacau bersama bahan tadi sehingga sebati.
Barulah masukkan tepung yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul lagi sehingga sebati semuanya.
Seterusnya :
8. Minyak jagung - suku cawan minyak jagung
9. Air panas - 1 cawan
* Masukkan pula sesuku minyak jagung. Kacau dulu bersama bahan tadi sehingga sebati. Barulah masukkan air panas sedikit demi sedikit. Kacau lagi sehingga sebati semuanya.
Akhir sekali, letaklah dalam loyang yang sesuai. Sapu sikit mentega di loyang tu / pakai je minyak jagung tadi kalau kehabisan mentega. Kemudian kukus dalam setengah jam. Pastu angkat dan boleh hidang ikut kreativiti masing-masing.
Kalau dipotong kek itu masa panas, akan hancur sikit mukanya. Kena tunggu sejuk dulu. Tapi, saya redah saja, sebab panas-panaslah sedap nak makan. Opsss. Letak milo cair sikit. Perghh meletup rasanya. Yummy.
Selamat mencuba ya semua.
Comments
Post a Comment