GADIS BERPURDAH PANJAT GUNUNG


GADIS BERPURDAH PANJAT GUNUNG
"Eh, macam mana kawan kau bernafas dalam purdah tu?"  Kata-kata kakak yang membuatkan aku tergelak.

Jangan ingat wanita berpurdah tu tak boleh buat aktiviti lasak ya.
Ya, mungkin kita akan tertanya-tanya macam mana ninja warrior (gelaran manja) ni bernafas kan. Mereka juga bernafas macam orang biasa lah. Cuma, diangkat sedikit purdahnya jika didapati sukar untuk bernafas.

"Eh, kenapa kawan kau buka purdah? Tadi pakai."

"Kak, tak salah jika buka purdah untuk bernafas. Boleh dikira darurat lah jika didapati sukar untuk bernafas. Bagus apa dia masih ingin istiqamah dalam berpurdah walaupun tengah panjat gunung."
Setengah orang berpurdah akan pakai purdah ikut keadaan. Jujur aku boleh katakan, memang tak sesuai pakai purdah jika buat aktiviti lasak. Sebab kesnya takut jadi macam ni lah. Sukar bernafas. Namun, aku tidaklah melarang atau tidak suka.

Dalam satu trip yang pernah aku join, gadis berpurdah siap berjubah hitam lagi panjat gunung. Tak ingat aku masa tu, pergi trip Gunung Buah Hati (asal dulu2), dekat Genting Highlands. Memang admire sangat kat dia masa tu. Semangat betul orangnya walaupun pewai sikit. Tabik spring gitu.
Ingat, berpurdah bukanlah halangan untuk kita buat aktiviti lasak. Gadis Malaysia ni gagah berani kot.

Ada juga orang ni, akan pandang pelik bila nampak orang berpurdah panjat gunung especially yang non-Muslim. Ya lah, benda rare kan. Komuniti mereka jarang ada macam tu. Tutup sana sini macam berselimut. Kan pelik tu.

Namun, haruslah kita tajdid niat tu. Panjat gunung untuk apa, kenapa, dan apa yang ingin kita dapatkan? Benda yang utama perlu Kita tajdid adalah mendaki untuk melihat keindahan ciptaan Allah SWT yang indah ini. Tadabbur alam itu. Kang ada pepatah mengatakan, jauh perjalanan, luas pemandangan.

Mungkin untuk tujuan lain contohnya cari jodoh gunung tu adalah sebagai tambahan. Siapa tak nak suami yang suka tough dan hutan juga kan (bagi pendaki lah). Nanti boleh jaga kita kat gunung. 😂😂

#hiker #lovenature #loveforest #discover #diarigadisgunung

Comments