RESEPI KE 16 - DAGING MASAK KICAP.

                                             RESEPI KE 16 ✓ DAGING MASAK KICAP.


Cara masakan orang Kelantan lain daripada yang lain. Kalau boleh semua nak manis.🤣🤣🤣. Kuah dal roti canai pun manis. Tapi, anehnya bila dimakan sedap sangat walaupun manis. Siapa yang tak suka manis tu memang complaint je keje dia. Manis kerat kaki katanya, leting bedooh🤣🤣.

Ada rahsia tersembunyi di sebalik masakan mereka yang manis itu. Apakah rahsianya? Jeng jeng. Kahwinlah dengan orang Kelantan, baru boleh tahu.
🤣

Resepi:
1. Daging (direbus dulu biar empuk)
2. Bawang Putih & Bawang Merah (dimayang)
3. Lada Merah (Potong siring cantik-cantik)
4. Kicap (Lemak Manis).
5. Minyak masak.

* Tumiskan dahulu bawang-bawang tadi. Kasi naik bau.
* Letak perasa sebelum letak kicap.
* Sudah ngam rasa - letakkan daging rebus tadi
* Goreng sehingga sebati.
* Letak hirisan bawang besar 2 minit akhir (optional).

****Simple saja kan. Selamat mencuba****

#stayhome #xlamajelg #workathome

Comments