RESEPI KE-9 : SUP KAKI AYAM.


RESEPI KE-9 ✓ SUP KAKI AYAM.
Baru tahu rupanya banyak bahan yang kurang kat dapur ini.
Sup bunjut tak ada, daun sup tak ada.
Seb baik ada stok bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, pelaga, lada hitam yang diasingkan bekasnya. 😅😅😅.
Guna je serbuk yang ada. Rasanya boleh tahan juga. Kempunan nak makan kuah je nih ha.
Haa eloklah kami amik kaki kau ayam so that ko tak yah gatal-gatal pi jalan situ, pi jalan sini. Duk diam2 dalam periuk (kiasan).😅😅😅. Degil sangat kan.
Bahan2: Kaki ayam, bawang putih, bawang merah, lada hitam, sup bunjut, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, daun sup, minyak, air, garam.
Cara masak:
1. Tumiskan bawang2.
2. Masukkan segala rempah ratus, kacau.
3. Tambah air sedikit demi sedikit.
4. Masukkan kaki ayam.
5. Masukkan garam 1 sudu (boleh ikut kuantiti air yang dimasak).
6. Tunggu sehingga kaki ayam ampuh. Baru enak dimakan.

Comments