RESEPI KE-13 : AGAR-AGAR MANGGA SUSU


RESEPI KE 13 ✓ AGAR-AGAR MANGGA SUSU.
Dah lebih 5 kali masuk dapur. 2 3 jam sekali masuk dapur. Perutnya lapar lain macam cuti-cuti ini.🤣🤣🤣🤣.
Semoga tambahlah kilo berat bila habis PKP nanti. 😅😅😅
Bahan2: Serbuk agar-agar, mangga, susu, gula.
Cara masak agar-agar mangga:
1- Masukkan agar-agar disertai dengan susu.
2- Masukkan gula dan kacau.
3- Masukkan mangga yang di blend. Kacau.
4- Panaskan. Kacau sehingga tiada yang berketul-ketul.
5- Masukkan mangga yang dipotong dadu ke dasar acuan.
6- Masukkan agar-agar ke acuan.
Cara masak agar-agar susu:
1- Masukkan agar-agar disertai dengan susu.
2- Masukkan gula dan kacau.
3- Panaskan. Kacau sehingga tiada yang berketul-ketul.
4- Masukkan agar-agar ke atas acuan agar-agar mangga tadi.
5- Tunggu beberapa minit sehingga sejuk, baru masukkan ke dalam peti ais.
6- Terbalikkan acuan. Potong cantik2 dan hidang.

#selamatmencuba

Comments