RESEPI KE-12 : KUIH CEK MEK KELATE.



RESEPI KE 12 ✓ KUIH CEK MEK KLATE.
My favorite. Kalau balik kampung, kuih ini yang dicari-cari. Sini dah jarang jumpa. Last mak buat masa ana sekolah Menengah tak silap. Lepas habis SPM dah payah nak merasa air tangan mak dah sebab dah keluar merantau.🥺🥺🥺.
Beli ubi keledek je. Rajinkan diri menguli. InshaAllah jadi.🤣🤣🤣
Bahan2: Ubi Keledek, tepung, gula pasir, gula melaka, garam.
Cara masak:
1- Rebus ubi Keledek dahulu.
2- Dah masak, sejukkan dahulu.
3- Dah sejuk, hancurkan Ubi Keledek.
4- Masukkan sedikit garam. Adun ubi dengan tepung.
5- Uli sehingga menjadi doh.
6- Getel sehingga jadi bentuk leper - masukkan gula di tengah. Gulung.
7- Goreng.
8- Masakkan air Gula Melaka menjadi Caramel.
9- Celupkan gorengan tadi di dalam caramel.
10- Hidangkan.

#selamatmencuba

Comments