TUGAS SEORANG GUIDER


TUGAS SEORANG GUIDER.


Bukan sekadar menunjuk arah kepada pendaki, namun beliau juga perlu pastikan trek clear dan boleh dilalui oleh pendaki.

1. Guider perlu buka mata dan telinga.

Bila ada halangan ontrek, perlu bertindak melepaskan/membuang/membersihkan/mengalihkan halangan itu. Seperti abang badang ni, mengalihkan batu yang menghalang perjalanan powil kami😂.

Guider ni juga menebas daun-daun mengkuang besar yang menutupi perjalanan kami ketika memacak naik ke puncak.

Bila terdengar suara-suara haiwan liar mahupun halangan lain seperti dahan berduri atau akar banir berbahaya, perlulah roger line up/crew melalui walkie talkie. Malah jika ternampak ular berjuntaian pun perlu beritahu kami semua.

2. Guider perlu tanda jalan.

Bila didapati trek confius, guider perlu menakuk pokok. Sekali tetakan bererti jalan tersebut telah dibuka dan boleh dilalui. Seperti guider ni, selalu menakuk pokok setiap kali jumpa trek confius kepada kami.

3. Guider perlu jaga pace line up

Bila didapati line up jauh ketinggalan, guider perlu perlahankan pace dan pastikan line tidak putus sehingga tidak kelihatan melainkan ada crews yang jadi guider (pembahagian group). Ini kesilapan yang biasa guider buat yang saya akui kerana selalu perhati. Saya pun paling suka berada di belakang guider apabila badan diserang rasa mengantuk. Ya paham sangat, badan akan terasa malas apabila berjalan perlahan. Abang Sungai Lembing Tour dan Kamarual Rasidi pun bercerita tentang kualiti sebagai seorang guider.

4. Guider perlu kongsi ilmu.

Ilmu tanpa amal kan sia-sia. Ilmu yang disimpan pun sia-sia. Seperti trip ini, guider tidak lokek dengan ilmunya. Mengajar dan menunjukkan kami mana satu pokok banir yang perlu diketuk bila SOS (perlukan pertolongan) jika tiada wisel. Beliau juga menunjukkan kami cara mengetuk yang betul.

Lain-lain, guider juga menunjukkan kita suasana hutan atau kecantikan hutan yang tersimpan. Seperti guider ini, menunjukkan kami puncak gunung yang mana antara banyak2 puncak dan menunjukkan kami setiap kedudukan air terjun di hutan itu.

5. Guider perlu ada sense of humour.

Jika dapat guider macam ini, memang tak kering gusi lah seronoknya. Selain kongsi ilmu, pandai jaga hati line up. Secured line up jadi line up beliau.🤣

Dan lain2 lagi, yang tidak disebut.

Apa-apapun, guider bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jalan. Jika kami sesat, sudah tentu orang yang akan dipersalahkan terlebih dahulu adalah guider. Tapi, Alhamdulillah biasanya guider mempunyai ilmu mengarah yang awesome. Tabik.

Guider : Syafiq Fiq ðŸ˜‚😂

#sekadarperkongsianilmu #bukannkjadicikgu #slmtharimalaysia

Comments