TIPS UNTUK PENDAKI GUNUNG HITAM SETERUSNYA.
1. Pakai ubat pacat - repellent/sapu garam/minyak serai wangi/ubat specific untuk halang pacat. Hujan-hujan ini, pacat meliar. Terutama pacat rimau. Sekali ngap, berkali-kali mau. Sedap darah orang muda lah katakan. Nak buang pacat pula, jangan main cabut pula. Nanti tertinggal lovebite gatal hampir seminggu sebab giginya dah melekat sekali jadi cenderahati. Biasanya boleh buang pakai penyembur repellent/air liur/tunggu pacat kenyang, nanti dia sendiri turun lepas kekenyangan🤣🤣🤣. Macam budak kecil hisap susu, dah kenyang baru lepas🤣🤣.
2. Bawa air secukupnya - sedangkan 1.2 liter pun tak cukup bila naik gunung ni. Waterpoint pula ada 3 kali (jika laluan trans) dan sekali jika laluan terus ke Gunung Hitam. Jika salah, betulkan. Ada pun pada kedudukan masa nak mula-mula hiking. Jarang pendaki nak isi air bila baru beberapa jam jalan. Air sendiri pun belum terguna banyak masa tu. Dah layan pacak baru terasa nak pakai banyak air. Dah pacak, sukar dah nak jumpa waterpoint. Waterbladder pun ada guider cakap tak elok guna, sebab bila kita duk syok menyedut, kita dah tak timbang tara air sudah setakat mana. Tak nampak kan. Kita seronok je menyedut sampai tak alert air dah nak di hujung tanduk.😅😅 Bak kata member, "berat sikit xpe. Mane tau kalau ade unexpected situation. Lgpun air kan sumber kehidupan." (Mustaqim, 2019). 😅
3. Ubat-ubatan peribadi - kadang2 apabila kita nak guna servis medic, kebetulan si medic tengah berada jauh dari anda, maka makan masa untuk shoot ke anda. Jadi, lebih senang ada ubat-ubatan sendiri. Paling malas pun, bawa handsaplast letak dalam poket. Trip ni, banyak pakai handsaplast sebab banyak tersangkut pada duri. Daun-daun pun berduri. Apatah lagi batang pokok. Habis tudung dimakannya, habis kulit tangan diselarnya😂😂.
4. Pakai knee guard - ada setengah orang suka pakai, ada setengah orang tak suka pakai. Tapi, betul2 banyak membantu apabila memakainya. Knee guard akan melatih kita supaya control guna knee tu, jangan overuse. Jika overuse, maka welcome to the club sakit lutut lah. Meranalah layan pacak tu. Saya sendiri mempunyai sejarah sakit lutut yang masih belum sembuh. Masa naik gunung ni, kebiasaannya, saya akan mengalami sakit di bahagian lutut sewaktu turun. Tapi, alhamdulillah, sakitnya tetap datang, cuma tidak seteruk sebelumnya. Sebelumnya, nak angkat kaki melangkah kayu balak besar pun kena angkat perlahan-lahan macam orang lumpuh😏😏.
5. Stick/pull stick - kaki ketiga lah katakan. Serius recommended. Dan sangat banyak membantu terutama bila layan pacak. Takut tak ada akar nak berpegang, stick lah tempat kita berpegang. Sehinggalah kawan kat belakang nak pegang juga kerana disangkakan akar pokok 🤣🤣. Katanya, tadi nampak akar, nak pegang, tapi bila nak pegang, ia hilang. Akar bergerak ke?😂😂. Almaklumlah lah masa mula2 naik itu terjumpa tongkat alam (kayu), maka bawalah tongkat ajaib itu bersama-sama mendaki 🤣🤣. Rupanya seperti akar pokok.
6. Kawan suka duka - kawanlah antara orang yang boleh redakan mental koyak kita. Pentingnya ada kawan yang baik, guider yang expert, crews yang membantu dan line up yang awesome. Walaupun duka, tetap boleh ketawa. Walaupun suka, tetap suka bersama-sama🤣🤣. Suka kata-kata gogo, "naik sama-sama, turun sama-samalah". Jangan fikir diri sendiri je nak sampai, orang belakang pun nak sampai dengan selamat juga.
Begitulah sedikit tips untuk perkongsian. Seriously, suka sangat trip bersejarah kali ini. Namun, nak repeat balik, bertaubatlah lah sudah. Serikk😂😂😂.
Comments
Post a Comment