GUNUNG TOKWAN.
TENGAH BUAT APA?
Tengah tengok air ni boleh minum ke ke tak. Bukan membuang ye. #cabaimuluttukluadaymgarut
Walaupun kecil, inilah antara waterpoint di hutan Gunung Tok Wan. Nak cari susah juga, kena berusaha mengharung batuan besar yang agak bahaya.
Jika kamu sedang menuju puncak Tok Wan. Kamu wajib lalui trek batu besar sebelum memacak naik ke puncak. Nah, di sebelah kanan kamu ada batuan besar seperti sungai yang sudah mati. Yang situ memang tak ada punca air. Yang ada waterpointnya adalah bila kamu mengharung batuan besar di sebelah kanan kamu ke atas lagi.
Menurut maklumat otai, waterpoint itu adalah berpunca daripada air hujan. Akan ada apabila musimnya hujan. Wallahualam bissowab. Sudah lama wujud, kami je baru jumpa.
Dah jumpa tu, jangan pula membuang air kecil/besar kat sini. Airnya cuma aliran yang kecil. Sesuai untuk sesiapa yang kehabisan air dan terdesak sahaja. Dan jika tiada air sendiri untuk ambil wudu'.
Satu lagi. Atas batu besar sebelah atas saya ada signage SURAU. Iaitu tempat untuk Muslim solat (atas batu besar). Dah ada arah kiblat sekali, menyenangkan para pendaki.
Jikalah kita tak jumpa tempat mendatar lagi/kesuntukan masa, bolehlah solat atas batuan besar ini. Batunya sejuk dan tenang.
Beberapa lagi pesanan. Jangan masuk hutan Tok Wan jika keadaan masih gelap gelita. Tidak disarankan. Nikmati sunrise dulu kat puncak Broga, baru masuk sini. Gunung ni tak ada view gunung yang selalu kita kejar, tapi ada flora dan fauna yang cantik. Especially pada laluan buluh menuju Puncak 18.
Akhir sekali, dah masuk hutan Tok Wan, hati-hati di hutan yang telah ditebas (seperti kebun), ada orang-orang berbentuk 'benda tu'. Jika gelap gelita, terpandang benda ni, ingat, tu bukan hantu tapi orang-orang. Entah siapalah punya idea pergi gantung orang-orang 'hantu' kat situ. Suka sangat nak mengusik ye😅. Ish ish ish.
#savejourney
#gmbrthrowback
Comments
Post a Comment