TAMAN DINOSAURS @ IJM LAND,SEREMBAN 2.
Dalam hiruk-pikuk bandar Seremban, terdapat taman Dinosaurs di puncak tanah persendirian IJM.
Nak naik ke sana, perlu mendaki selama 15-20 minit. Viewnya boleh tahan. Dapat bayangkan pada waktu pagi ke sini, mesti sejuk macam di Cameron Highland. Pastu sunset pula di puncak IJM, subhanallah, cantik.
Ada mainan yang jarang dijumpai di taman-taman permainan biasa.
Ada kerusi pusing bulat, ada kereta mainan, ada cubic wall, ada flying fox untuk kanak2 sahaja, ada gim & ada taman dinosaur. Pokonya yang jarang dilihat di taman permainan lain.
Patutlah tempat ini dijaga elok dan dibuat dipuncak bukit, sebagaimana memerlukan kita untuk mendakinya dahulu sebelum dapat menikmati suasananya. Worth of.
Taman Dinosaurs sangat cantik. Ada T-Trex, ada yang bertelur, ada batu-batu besar yang boleh dipanjat. Sangat kagumlah dan first time datang ke kawasan Dinosaurs yang tiada orang sangat. Kalau kat Taman Sains tu, payah nak tengok arca dinosaur pun sebab berduyun-duyun orang kat situ menunggu giliran. Anak-anak sukakan dinosour, layankan aja.
Kalau kat sini, lengang. Saya boleh ambil gambar puas-puas tanpa gangguan. Boleh main dengan patung dinosour tanpa ada orang melihat. Boleh buat action lagi. Boleh record video sendiri lagi sambil buat panorama.๐
Lepas saya kongsi gambar dengan arca dinosour ini, ada beberapa mak2 tanya saya kat mana tempat ini sebab anak-anak mereka suka tengok dinosour. So, kalau kuat nak hiking naik bukit, bolehlah ke sini. Sebab letaknya di puncak bukit dalam tanah persendirian namanya IJM.
Selamat bercuti.
Baru berkesempatan menulis siri jelajah sebelum PKP.
Comments
Post a Comment