TAMAN BONSAI DI PUNCAK GUNUNG
Pokok bonsai termasuk dalam klasifikasi hutan Ericaceous - Gunung iaitu keunikan hutan yang ada di ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l. Ciri-ciri pokok pada meter ni ialah bersaiz kecil, bengkok dan rendah. (sumber:forestry.gov.my).
Biasanya kita tengok, pokok bonsai yang tinggi je sebelum sampai puncak. Dapat berdiri di samping batang pokok bonsai tu kira gah dah. Nak lagi rare, pergi panjat pokok bonzai tu, nampaklah view pokok yang indah. Batangnya besar di samping dahan-dahannya yang banyak dan daun yang kecil seperti daun teh.
Bonsai kali ini pula lagi rare. Tak pernah pula tahu rupanya ada pokok bonzai yang boleh berdiri di atas daunnya (lantai hutan). Batangnya tak besar langsung, hanya sekecil batang pokok renek/pokok teh. Tumbuh seperti sebuah taman hijau yang menunggu kedatangan pelawatnya.
Berbaloi lah datang sini walaupun kena redah hutan pacak maha pacak berjam-jam (bagus untuk training mental), hujan lebat, laluan gajah (paling banyak jumpa najis gajah, pastu malam-malam dengar bunyi gajah berteriak-gulp..tak tidur malam lah jawabnya), bau hamis si belang, terjumpa si ular berbelang hitam putih, dll. Seronok sebenarnya dapat rasa pengalaman ni, walaupun tobat tak nak repeat lagi.😂😂. Hardcore punya gunung lah. Bukan calang-calang hikers boleh datang sini.
Itu je hutan bonsai yang penah pergi, mungkin ada banyak lagi yang saya tidak tahu.
Biasanya para hikers suka mengejar keindahan pokok bonsai selain hutan lumut (mossy forest). Kedua-duanya sangat unik.
Walau apapun terjadi, gunung ni sentiasa dalam kenangan. Antara gunung yang taknak repeat lagi🤣🤣🤣. Walaupun di dalamnya terkandung sejuta keindahan untuk para pengejar keindahan gunung.
Comments
Post a Comment