JODOH GUNUNG - SWEEP SAMPAI KAHWIN


SWEEP SAMPAI KAHWIN.

Baiklah, dek kerana kawan-kawan tak sabar nak baca kisah kahwin Si Line Up dengan Si Sweeper, meh sis cerita.

Ini lagi kisah Line up dan sweeper bertemu jodoh. Sweep punya sweep si line up yang cedera ini sehinggalah tertaut hati. Akhirnya ke jinjang pelamin.

Pertemuan pertama si line dengan sweeper adalah di Pine tree Hill.

Si sweeper memang terkenal dengan sifat ramah mesranya. Kalau bercakap, nonstop. Namun, percakapannya tidaklah membosankan. Lucu dan memecah kesunyian. Time pewai layan pacak pun boleh tertawa dengan seloroh si sweeper ini. Ramai yang senang berkawan dengannya. Saya yang kali pertama jumpa dia pun dah rasa kemesraan itu. Tidak dilayan seperti orang asing.

Orangnya boleh tahan, sejuk mata memandang walaupun mulut banyak bunyi.

Waktu tengah sweep si line up yang cedera, hatinya tertaut dengan line up itu. Perkara yang paling lucu sweeper cakap, "Eh kau, aku suka kau. Kalau kau tak suka aku, kau kena jugak suka aku". Lebih kurang macam tu bunyinya.😂😂😂 Terus-terang si sweeper cakap dengan beraninya dekat line up itu tanpa berbasa basi. Hasilnya, si sweeper tidak bertepuk sebelah tangan. Akhirnya, mereka bertunang, tanpa beritahu sesiapa. Hanya beberapa orang rapat sahaja. Pandai mereka sembunyikannya.

Akhirnya, apabila undangan perkahwinan sampai, mahu tak terkejut. Ada hati yang crush. Melepaslah hati yang crush kepada salah seorang mereka. Tu lah, tunggu lama2, nanti lama2, akhirnya orang lain dapat.

Alhamdulillah, line up dan sweeper itu berjaya mendirikan rumahtangga pada hari ini, 7 Mac 2020. Ada yang masih tidak percaya, ada yang kecewa, dan ada juga yang bertahniah.

Saya terpanggil untuk menulis cerita line up dan sweeper ini bukanlah kerana kisah romantis mereka semata-mata. Tapi, ada tips yang dikongsi oleh si sweeper ini bagi sesiapa yang belum bertemu jodoh dan mahukan jodoh hiking. InshaAllah. Biiznillah.

Tekun saya mendengar tips ini daripada si sweeper tadi. Saya memang suka mendengar dan mengambil apa yang baik.

1) Niat - jika betul niat baik nak cari jodoh hiking. Teruskan. Tak salah cari jodoh dalam dunia hiking.

Manusia (lelaki dan perempuan) diciptakan untuk saling taaruf. (Surah al-Hujurat: ayat13).

Yang salahnya cari jodoh orang (isteri/laki orang ketika hiking. Itu menimbulkan huru-hara pada dunia hiking. Nak makan pelempang kot.

2) Sebelum nak tackle, pastikan orang tu single dulu. Jangan tersalah tackle isteri/suami/tunang orang. Buruk padahnya nanti.

3) Bila dah tahu dia betul2 single - berjalan bersama dengannya sehingga dapat tackle. Tidak bermaksud berjalan rapat-rapat. Jalan sama dari awal hingga akhir. Naik bersama-sama, turun bersama-sama. Biasanya sweeper memang kerjanya sweep orang. So, kalau para gadis dah jatuh suka kat sweeper, usahalah jalan bersama-sama sweeper. Pura-pura pewai jugak.😂😂😂. Tapi, jangan sampai menyusahkan sweeper🤣🤣.

4) Berani - kalau dah betul2 berkenan dan serius, bukan main-main. Terus-teranglah. Tak perlu guna kiasan. Tak semua orang paham bahasa kiasan. Macam kes ini, si sweeper sangat berani dengan berterus-terang mengenai perasaan sukanya pada si line up tu dan serius nak dijadikan isteri. Alhamdulillah, berteriak syaitan sebab lagi satu pasangan sudah berkahwin.
Ini tak semestinya ditujukan pada lelaki ye. Perempuan pun sama. Kalau berkenan, terus terang. Tak salah mencuba. Kalau kena reject, move on la. InsyaAllah takkan kumbang hidup seekor, takkan bunga tumbuh sekuntum😅💐.

5) Kalau malu nak minta nombor - jadilah bijak sikit. Ambilkan gambarnya pakai handphone awaklah. Nanti, kalau dia nak gambar, dia minta kat awak. Minta lah dia send meseg kat awak kalau nak minta gambar. Haa, kan nampak sebaliknya. Dia pula meseg kita dulu, walhal kita yang beria-ia nak nombor dia.😂😂

Baiklah, tips yang kelima ini baru aku tahu motif lelaki selama ini. Rupanya ini motifnya😂😂😂. Bijak bijak.

Inilah antara sedikit sebanyak tips mencari jodoh hiking yang dikongsikan oleh si sweeper.

Apa-apapun ini adalah ikhtiar dan usaha yang lain selain berdoa. Dan sandaran yang terbaik ialah pada Allah swt.

#kahwinitusunnah

#team
#BlackMountainResources
#educatedhiker

Comments