SUDAH TENTU "HARAM" JIKA TIDAK DIHALALKAN.
Kesinambungan dari artikel "HARUS BUKA AIB SESEORANG UNTUK LANGKAH HATI-HATI".
Setahu saya, orang Malaysia ini suka membaca. Lebih-lebih lagi, bila ada drama bawang-membawang. Laju orang kita mengumpul cerita dan memberi pandangan. Hebat sangat. #tepuktangan.
Aik, hari ini dikhabarkan, orang Malaysia malas membaca pula? Terutama yang panjang-panjang. Kecam boleh pulak.😅😅. Takkan kecam tanpa baca dulu kot. Tu bodoh sombong namanya.😅😅. Jangan buat camtu awak oii. Baik hadam dulu sesuatu ilmu yang nak disampaikan tu, sebelum me-negatifkan situasi. Tuduh2 kalau tak betul, nanti hang kena merangkak-rangkak cari orang kat kiamat pula untuk minta maaf. Be educated please.
Sudah terang lagi bersuluh, tajuk cerita: HARUS BUKA AIB ORANG UNTUK LANGKAH BERHATI-HATI.
Sebelum kita cerita tentang berita buruk, sudah tentu kita kena cuba sampaikan berita baik dulu. Itu salah satu adab dalam menyampaikan sesuatu berita. Tidaklah ianya bias kepada mana-mana pihak. Melainkan sekadar ilmu untuk pengajaran dan iktibar bersama. Saya pun tidak sebut trip mana-mana, cuma beritahu terbaca hot issue semasa.
Tapi, saya suka dengan komen semua.😅 Ada betul juga cadangan yang bernas tu. Pada yang emosional pula, komen tanpa ilmu dan adab, dan mengiyakan saja kata orang lain tanpa berusaha hadam apa cerita yang nak disampaikan, mungkin perlu banyakkan istighfar, tenangkan diri, dan muhasabah balik adakah kata-kata anda itu memberi manfaat pada orang lain atau sekadar menambahkan bara api yang terbakar. Hidup kena beradab. Sedangkan nabi pun suruh belajar adab dulu sebelum menuntut ilmu.
Sudah tentu jika benar terbukti ada penyelewengan hak yang terlibat, ianya satu kesalahan yang akan jatuh kepada satu dosa. Dan jika tidak dihalalkan, maka jatuh haram.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لاَ يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِطِيْبِ نَفْسٍ مِنْهُ
“Tidak halal mengambil harta seorang Muslim kecuali dengan kerelaan dirinya.” (HR. Abu Dawud dan Daruquthni, dishahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 7662).
Tapi, adakah sikap kita, orang berbudi pekerti ini, terkenal dengan bangsa yang bersopan-santun, suka mengecam, bertelagah sesama sendiri , mengeluarkan kata-kata kesat, buruk didengar? Suka ke kita kalaulah kawan-kawan rapat kita @ saudara-mara kita @ mungkin ahli keluarga kita sendiri y terlibat, diaibkan orang?
Ya betul. Siapa yang teruskan trip itu salah. Degil, tak makan nasihat, membahayakan kesihatan diri, terutama musim darurat Coronavirus ini. Ketegaq keras kepala. Perdana Menteri suruh duduk umah, kaki gatal juga nak jalan luar rumah. 🤦🏻♂🤦🏻♂🤦🏻♂
Kes yang tak dapat refund pulak cemana? Awak prihatin bertanya khabar pun, kan si pelapor tu sendiri tak bagitahu public pun. Awak pula terlebih prihatin. Pelapor masih nak jaga aib orang tu. Tapi, sudah ada orang lain pula yang bagitahu. Haa, dah tahu tu ok lah. Ambil langkah berhati-hati lepas ini. Berhati-hati dgn team ini.
Dan kes ini katanya sudah diredakan. Sudah ada penyelesaian. Alhamdulillah. Orang tu pun tak tergamak juga nak tanggung dosa sehingga mati. Mungkin stress dengan tembakan peluru kecam sehingga berdiam diri buat seketika.
Awak rasa mereka
tidak ambil pengajaran ke. Hati batu sangat ke. Mungkin juga mereka sedang merasa menyesal dengan tindakan mereka itu.
tidak ambil pengajaran ke. Hati batu sangat ke. Mungkin juga mereka sedang merasa menyesal dengan tindakan mereka itu.
Yang terlibat bukakanlah hati memaafkan. InsyaAllah, akan dipermudahkan segala urusan seterusnya. Yang tak terlibat, hanya jadi mata-mata @ CCTV, daripada duk kecam, baik sama-sama doakan negara kita selamat daripada merbahaya ini. Halal Haram duit y diterima, itu antara mereka dan Tuhannya. Kerana hanya mereka lebih mengetahui.
Apa-apapun, be educated hiker guys.
Comments
Post a Comment