SIRI ZIARAH MASJID EP 9 @ SURAU AL-IKHWAN, SUNGAI BULOH


SIRI ZIARAH MASJID EP 9 @ SURAU AL-IKHWAN, SUNGAI BULOH.

"Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)”

Riwayat al-Bukhari (438).

Alhamdulillah, semalam juga sempat Maghrib berjemaah di surau ini sebelum menyantap di kedai makan dengan adik yang dikasihi.

Di tengah2 kesibukan bandar sungai buloh ini, tersorok sebuah surau kecil iaitu Surau Al-Ikhwan. Walaupun kecil, namun begitu banyak menyelamatkan umat Islam agar dapat kekal beribadah terutama solat.

Perlu banyak bertanya jika mahu masuk ke tempat solat Muslimah kerana tiada arah yang jelas untuk dipandukan.

Mula2 masuk, naik tangga dan letak selipar/kasut dulu sebab di situ sudah tersergam kukuh rak selipar/kasut. Kemudian, sebelah kanan ialah tempat solat Muslim, manakala sebelah kiri ialah Muslimat.

Saat berjemaah, hanya 1 barisan saf Muslimat sahaja. Di kanan ana, ada makcik tua duduk di atas kerusi, melakarkan senyum saat melihat ana. Sambil bertanya, "Dari mana?" Maka, jawablah ana, "Dari Ampang, ke Kota Damansara jumpa adik". Diberitahu pula halnya ini pada kawannya di sebelah kiri ana. Lalu, makcik itu memegang bahu ana dan tersenyum.

Sebelumnya, agak kekok untuk menegur makcik sebelah kiri kerana kelihatan garang. Namun, rupa-rupanya tidak lokek dengan senyuman orangnya. Sebab itu, tak kenal maka taaruf. 😅

Saf Muslimat dibataskan dengan pintu sliding door transparent dan langsir putih serta langsir koko. Langsir putih digunakan sebagai tirai perbatasan ketika solat jemaah dan langsir koko ditiraikan ketika kaum muslimat sudah habis solat dan bagi menutup kawasan Muslimat agar dapat mereka membuat hal mereka di balik tabir itu seperti baiki tudung dan sebagainya.

Alhamdulillah, surau ini cukup menjaga keselesaan Muslimah. Walaupun suraunya kecil, tapi besar lagi hati nurani orang yang berjemaah di sini.

Usai solat, ana bersalam dengan jemaah yang lain sambil memberi salam dan tersenyum. Alhamdulillah, indah senyuman mereka.

Semoga kita tergolong dalam kalangan hambanya yang soleh @ solehah. Aamiin.

Comments