SIRI ZIARAH MASJID EP 8 @ MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA

SIRI ZIARAH MASJID EP 8 @ MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA.

"Semoga Allah sucikan dan indahkan hati kita ini sebagaimana suci dan indahnya masjid ini".

Alhamdulillah, semalam berpeluang Isyak di masjid dalam taman ini yang sungguh indah.

Saat melirik mata ke arah masjid ini, MashaAllah sungguh unik dengan gaya binaan dari masjid2 Turki Uthmaniah. Melihat masjid ini, teringat masjid impian yang ingin ana lawat suatu hari nanti iaitu Hagia Sophia @ Blue Mosque di Turki. Gereja yang ditukarkan kepada masjid pada zaman tawanan Constantinople (Instanbul sekarang) oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. ðŸ˜ŒðŸ˜Œ

Masjid ini dikira masjid termodenlah pada abad ini yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir tika beliau jadi Perdana Menteri kita yang ke-4.

Mula2 sampai sini, nak menuju dewan solat, ya Allah, tingginya tangga. Lebih kurang 52 langkah (steps). Namun, jika tak mampu kabak tangga takpe, escalator ada. Tu yang canggihnya masjid ni, siap ada escalator. Tapi naik je lah, turun takde😂😂.

Waktu kami sampai, escalator dah off, sebab dah pukul 10 malam. Sunyi dah waktu ni, beberapa kelibat orang saja yang tinggal. Tenang sebab tak bising.

Dengan keluasan 47,000 meter persegi, memang sesatlah nak cari tandas dan tempat wudhu'. Kami cuba naik ke tingkat 2 untuk survey. Alhamdulillah, selepas tanya makcik di situ, beliau bagi arah dengan baik kepada kami. Memang jauh ke dalam tempat wudhu' dan tandasnya (Tingkat 2).

Setiap langkah, kiri kanan begitu unik binaan masjid ini. Ada sudut info, sudut bacaan, dewan jenazah, dewan makan, dll.

Kelihatan ada 2 susuk tubuh yang solat di pekarangan masjid, menghadap pintu masjid yang indah. Agak tenang bayu malam itu. Bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ibarat mendengar gemersik musik semulajadi yang melantunkan lagu bisikan taubat. Allahu, sungguh indah.

Usai kami menikmati indahnya masjid ini, kami kembali melangkah kaki keluar masjid dan berdoa agar diberi kesempatan untuk ke sini lagi. InsyaAllah.

#hatiyterikatdgnmasjid #semogatetapistiqamah #istiqamahkearahkebaikan

Comments