SIRI ZIARAH MASJID EP 6 @ SURAU AR-RAHMAN, PUCHONG PRIMA.
“Moga-moga mereka yang mengimarahkan masjid dan rumahku termasuk dalam golongan yang diberikan petunjuk.” (At-Taubah : 18).
Alhamdulillah, 3 hari lalu, usai bersua muka dengan kawan di meja makan sambil makan maggi ketam awesome, sempat Maghrib di Surau Ar-Rahman, depan kondominium Kak Nora. Katanya nanti senang2 lepaklah swimming kat sini😘😘. InsyaAllah kak.
Suraunya kecil saja. Tempat wudhu' & tandas perempuan di sebelah kiri. Namun, di dalam surau pun ada tempat wudhu' juga. Manakala lelaki di sebelah kanan.
Batasan saf solat Muslim & Muslimah pula terbuka. Tidak dibentengkan dengan langsir atau apa-apa penghadang. Jadi, kalau mahu kemaskan tudung bagai, perlu buat di tandas sana.
Nampak barisan saf Muslim dan Muslimah yang ramai. Alhamdulillah, ramai mengimarahkan masjid/surau. Hati-hati yang terikat dengan baitul Allah❤❤.
Slot kuliah maghrib kedengaran tika ana melangkah masuk. Khuatir mengganggu jemaah yang lain, ana terus ke tepi sedikit. Usai Maghrib, ana lalu untuk melangkah keluar dengan senyuman. Mahu ditegur khuatir mengganggu kekusyukan untuk mendengar kuliah.
Lagipun, ana sedang terburu-buru untuk bertemu adik tercinta yang baru sampai ke KL dari kampung untuk bermain kriket (wakil negeri Kelantan) di sini.😍😍
Semoga kita semua terus istiqamah ke arah kebaikan. Amiin.
#cubaistiqamah #berubahkearahkebaikan
Comments
Post a Comment