SIRI ZIARAH MASJID EP 5 @ MASJID AS-SALAM, PUCHONG PERDANA

SIRI ZIARAH MASJID EP 5 @ MASJID AS-SALAM, PUCHONG PERDANA.


“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah.” (QS. al-Jin:18).

Alhamdulillah, 2 hari yang lalu rezeki Asar di Masjid As-Salam @ masjid terapung, Puchong Perdana selepas makan nasi minyak di kawasan situ.

Masjidnya besar, dilengkapi deretan suq di depan kawasan parking.

Jika masuk dari entrance, di sebelah kiri (hujung) adalah tempat wudhu' & tandas kaum Muslimat, manakala sebelah kanan pula kaum Muslim. Tak susah nak mencari.

Atas tangga, kelihatan suq baju kurta (Melayu) dijaga oleh rijal. Di depan juga ada gazebo (wakaf) untuk duduk berehat lepaskan lenguh. Malah, di depannya juga kelihatan tanaman seperti kacang panjang, megah berdiri, menjuntaikan kekacangnya yang berhasil. Cukup mengagumkan.

Barisan saf Muslimat hanya satu yang terdiri dari 3 orang termasuk aku, mungkin sibuk masak dinner kat rumah kot. Manakala saf Muslim ana tak nampak. Kelihatannya ramai yang lalu keluar.

Berdirinya masjid ini di atas tasik, gahkan lagi keindahannya. Cukup cantik untuk port ambil gambar dan view ketenangan.

Dalam menikmati keindahan tasik ini seusai solat, ana terlihat seekor kura-kura berenang pandai di dalam air. Mencungap-cungapkan kepala, barangkali ingin menyapa ana. Aduh, pandainya dia berenang. Bilalah ana nak pandai berenang juga ni?πŸ€”.

Alhamdulillah, masjidnya indah. Semoga hati kita pun lebih indah daripada view di masjid ini. Amiin.



Comments