SIRI ZIARAH MASJID EP 4 @ MASJID AL-ANSAR, KERAMAT AU.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu pagi atau petang, Allah SWT menyediakan untuknya sesuatu hidangan yang biasa diberikan kepada tetamu syurga bagi setiap kali ia pergi ke masjid sama ada pagi atau petang”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Alhamdulillah, kelmarin juga sempat kami Maghrib berjemaah di Masjid Al-Ansar, selepas makan Sup Utara di Keramat.
View langit waktu maghrib sangat indah dengan serakan cahaya merah oren. MashaAllah.
Mula2 masuk masjid ini, boleh nampak jelas tempat parking di sebelah kiri.
Tempat wudhu' lelaki pula sebelah kanan, senang je nampak.
Tempat wudhu' perempuan je agak ke dalam. Sebelah kanan juga. Tapi, kena melalui tempat wudhu' lelaki dahulu. Tandas pun di belakang. Lelaki & perempuan.
Dewan solat perempuan pula, dibataskan dengan langsir. Nampak 3 barisan saf wanita semalam. Alhamdulillah ramai jugak. Bertelekung putih berdereretan. Ada juga bertelekung warna lain. Ana seorang saja yang berjubah hijau. Namun, tiada pandangan pelik daripada mereka. Alhamdulillah, mereka faham yang telekung bukanlah wajib, aurat itu yang wajib😅.
Tempat sujud, dihamparkan sejadah putih panjang. Semua sama. Alhamdulillah, mereka faham yang kita manusia ini semua sama kecuali taqwanya saja. Lagipun, putih bersih tak ada corak apa-apa akan mengurangkan kita terganggu daripada melihat cantiknya corak sejadah. Menghalang kita dapat khusyuk dalam solat.
Namun, walaupun sudah dihampar sejadah putih, masih juga ada makcik2 yang menghamparkan sejadah sendiri, kira double sejadah lah😌😌.
Memang makcik2 ni payah nak mengalah. Saf pun tak dirapatkan bahu-bahunya mahupun kaki-kakinya. Kita yang tengah-tengah ni rasa serba salah. Aigoo.
Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat ujub & takabbur. Amiin.
Comments
Post a Comment