SIRI ZIARAH MASJID EP 3 @ MASJID IBN SINA, TITIWANGSA, KL.
Alhamdulillah, semalam berkesempatan Asar di Masjid Ibn Sina, yang terletak di kawasan Taman Tasik Titiwangsa.
Masjidnya tidaklah seluas Masjid Negara mahupun Masjid Jamek. Sedang-sedang saja. Biasanya, siapa yang ingin/lepas ke Taman Tasik Titiwangsa, maka akan singgah beribadah di sini. 7 minit je dari tasik tu, tak jauh mana pun.
Mula-mula masuk, boleh nampak arah ke Dewan Utama Solat lelaki. Tempat wudhu' pula di hadapan dewan solat. Tak susah mana bagi lelaki ambil wudhu' walaupun tempat open, yang perempuan je masalah sikit sebab kena jaga aurat. 😅
Pintu dewan solat perempuan ada di belakang sikit je (bertetangan dengan tandas perempuan). Agak melilau juga pandangan ana mencari dewan solat perempuan.
Tandas pula, daripada pintu masuk, jalan sikit melangkau tangga, kemudian pandang kanan, akan nampak tandas lelaki & perempuan di situ. Walaupun tak seluas Masjid Negara, tapi selesa dan senang dicari. Tak perlu jalan jauh-jauh.
Sedang ana di dalam masjid itu, dibalik langsir penghadang saf lelaki dan perempuan, kedengaran suara bingit anak-anak kecil berteriak di kala bermain. Nak ditegur khuatir salah faham nak marah je, maka tersenyum saja lah. Anak2 kecil, memang fitrahnya suka bermain tak kira di mana pun berada.😅
Sebelum berangkat pulang, terpandang Masjid yang sedang dibina, mungkin itulah Masjid Ibn Sina yang sebenar. Kerana Masjid Ibn Sina sekarang ala surau kariah.
Namun, semuanya tempat ibadah. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambanya yang beriman. Amiin.
Comments
Post a Comment