SIRI ZIARAH MASJID EP 2 @ MASJID NEGARA, KL

SIRI ZIARAH MASJID EP 2 @ MASJID NEGARA, KL.


RasululLah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tempat yang paling Allah cintai adalah masjid (meningkatkan iman, membina ukhuwah), dan tempat yang paling Allah benci adalah pasar (melalaikan kita).” (HR Muslim No: 1076) Status: Hadis Sahih.

Alhamdulillah, hari ini Zohor di Masjid Negara. Masjid yang menjadi tumpuan ramai baik dalam mahupun luar negara. Tadi pun kelihatan pelancong Cina, orang putih, geng berbaju merah & Baju Ungu (Malaysia Muslim kot).

Geng non-Muslim diwajibkan menutup aurat jika datang melawat. Jubah hoodie berwarna ungu disediakan untuk mereka. Maka, berduyun-duyunlah manusia ungu menziarah Masjid Negara🀣🀣.

Tempat parking ada 3 sudut, setakat yang ana nampak. Jika masuk ikut pintu gerbang, biasanya tempat parking terhad. Full kalau waktu puncak.

Dari pintu gerbang (depan TV al-Hijrah & Jawi), ada signage besar tertulis "Masjid Negara" di depan tangga. Nak bergambar kat sini lawa. Nampak kubah panjang masjid. Laluan atas sikit dari sisi TV al-Hijrah tu adalah Planetarium Negara. Port cantik juga untuk dilawati.

Kemudian, jalan terus naik tangga masjid. Sebelah kiri adalah laluan ke Makam Pahlawan (Perdana Menteri Malaysia), manakala sebelah kanan pula adalah tempat wudhu'.

Tempat wudhu' bawah tanah. Kalau naik tangga atas terus ke tempat utama solat, nak ambil wudhu' kena turun bawah tanah. Sebelah kanan laki, sebelah kiri perempuan. Tandas pun ada sama.

Tempat parking kedua adalah sebelah kanan pintu gerbang (ke belakang). Entah acane nak tuju parking ni. Dari pintu masuk ni, sampai depan tangga, sebelah kanan tempat wudhu' lelaki & kiri perempuan bersama tandas. Yang Ni bukan bawah tanah. Boleh nampak signage dengan senang kalau dah masuk pekarangan masjid.

Nah, parking last adalah tersorok sedikit, laluan Taman Botani. Jadi, jika parking tak cukup, boleh lalu jalan belakang, parking sini lenggang je. Kawasan pejabat Masjid Negara. Tapi, nak ke masjidnya, laluan pening sikit, orang yang serba tahu je mengetahuinya. Sebab itu kawasan ni tersorok sedikitπŸ˜…πŸ˜….

Alhamdulillah, kami memilih laluan belakang agar tidak berebut parking.

Saat ana melangkah tangga menuju dewan solat utama, kelihatan sebelah kiri ana, seorang lelaki lagaknya seperti Chinese. Entah Muslim ke tidak. Berjanggut panjang. Di atas belakangnya tampak corakan tatu. Dia sedang menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Tidak berani ana hendak mengintai isinya. Sekadar pandang dan tersenyum.😊 Apakah yang ditulisnya? Terdetik rasa menyesal di hati, kenapa tidak beranikan diri tegur lelaki itu. Dia pun manusia biasa juga. Layak ke masjid ini untuk perlindungan.

Usai menunaikan kewajipan, ana turun dan meliar di kawasan masjid persis tourist. Melilau kiri dan kanan sambil menikmati keindahan binaan dan landskap masjid ini. Luas dan sangat seni. Di hadapan kawasan KTM lama duduknya, berdekatan dengan kawasan pelancongan yang lain seperti Planetarium, Jawi, TV al-Hijrah. Begitulah tempat ini menjadi popular di kalangan orang Malaysia dan luar negara.πŸ˜‚

Tertarik dengan kubah cantik di atas tanah. Teringin cari tahu tempat apakah itu. Rupanya di sini adalah Makam Pahlawan mantan Perdana Menteri kita dahulu. Baru tahu. Allahu, penerokaan baru.
Dan terdapat 2 kekosongan lagi jika dilihat dalam gambar info yang diberi. Siapakah bakalnya? πŸ€”πŸ€”

Semoga masjid ini dirahmati Allah SWT selalu. Amiin.

#istiqamahkearahkebaikan #insyaAllahboleh

Comments