SIRI ZIARAH MASJID EP 13 @ MASJID KG SRI AMAN, PUCHONG.
Alhamdulillah, kali ini sempat Asar di masjid ini. Kebetulan waktu ini, ada majlis perkahwinan yang sedang berlangsung, jadi ramai orang di masjid ini.
Masjidnya cantik dan berada pada lokasi yang strategik. Yakni, di belakang masjid ialah Tasik Kg. Sri Aman. Agak cantik juga tasiknya yang menjadi pusat tarikan memancing dan menjala ikan. Dihiasi indahnya keladi bunting hijau menjadikan viewnya nampak kehijauan dan lapang. Nak jogging pun best di sini selain aktiviti riadah yang lain.
Di belakang masjid ini juga ada satu kedai cendol yang agak dikenali. Ada macam-macam jenis cendol. Yang rare sekali ialah Cendol Laici. Meleleh air liur kalau tengok. Dengan view tasiknya, ditemani Ais Cendol Laici dan Nasi Goreng Stik, perghhh sodap.
Di kanan masjid pula, tersedia taman permainan. Sangat hidup taman di sini, ramai kanak2 bermain, riuh-rendah dan bingit bunyinya.
Di hadapan masjid pula, adalah padang bola sepak. Agak luas dan lapang serta nampak kehijauan rumputnya. Sungguh tenang. Suka sekali melihat dan menikmati suasana di sini.
Tandas Muslimah juga selesa, di sebelah kiri letaknya. Jika masuk dewan solat Muslimah, tersedia satu bilik khas untuk telekung. Namanya bilik telekung. MashaAllah, first time jumpa masjid yang ada bilik telekung sendiri. Agak menyenangkan para jemaah yang hadir. Tidak perlu bising di Dewan solat dan berebut guna cermin.
Corak kubah masjid agak cantik dan menara azan dibina dalam bentuk bintang dan bulan yang seperti di tengkolok kepala orang Melayu. Persis style gambar tengkolok pada duit Ringgit Malaysia (RM) kita. Sungguh unik.
Tempat parkir pun banyak. Tiada masalah parkir.
Dulu, kampung Sri Aman ini dikenali sebagai kampung Pulas. Dihidupkan oleh kaum Melayu yang juga dikenali sebagai penempatan Melayu. Masjid ini berpotensi dijadikan antara masjid yang tercantik daerah Selangor ini kerana kawasannya yang strategik di tepi Tasik.
Rezeki, dapat view sunset petang tika ini. Cukup indah, seindah binaan masjid ini. Semoga hati kita pun bersih dan seindah serta sesuci masjid ini. Amiin.
Comments
Post a Comment