SIRI ZIARAH MASJID EP 12 @ MASJID JAME' YAMTUAN RADEN, KUALA PILAH


SIRI ZIARAH MASJID EP 12 @ MASJID JAME' YAMTUAN RADEN, KUALA PILAH.


Alhamdulillah, musafir kami ke Negeri Sembilan sudah hampir selesai.

Dalam perjalanan pulang, kami sempat jamak qasar di masjid kawasan Kuala Pilah ini. Disebabkan tidak mahu membazirkan wudhu' yang ada, jadi kami memilih untuk jama qasar taqdim berbanding taakhir. Cepat selesai urusan wajib, nanti boleh menarik nafas lega.

Masjid ini agak hidup dan ramai jemaah yang hadir. Untuk menuju ke Dewan solat Muslimah pula tidak sukar. Ia berada di sebelah kiri. Apa-apapun, hampir kesemua masjid, tempat wudhu' dan tandas Muslimah adalah di sebelah kiri/belakang.

Kenapa?

Ini mengingatkan ana tentang kedudukan wanita di dunia ini iaitu sebagai orang kiri suami a.k.a tulang rusuk kiri lelaki. Dan orang belakang khalifah, yang sentiasa membantu di belakang@sebalik kejayaan seorang khalifah. Wanita tidak boleh berada di hadapan walaupun ketika berjalan, dia mesti berjalan di belakang lelaki. Dan ketua dalam keluarga bukanlah perempuan, tapi lelaki. Apa-apapun, wanita sentiasa di kiri dan belakang lelaki. Itulah kedudukan mereka dalam Islam. Walaupun power seorang wanita boleh menjangkau power seorang lelaki, tapi tak boleh malukan lelaki. Tercabar mereka nanti.🤣🤣.

Usai mengerjakan yang wajib, kami shoot ke Kuala Lumpur. Hari dah hampir lewat.

Begitulah kita, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, maka Kita akan turut terkena bau wanginya. Jika berkawan dengan pengutip sampah, kita juga turut terkena bau busuknya. Bersyukur ada kawan-kawan yang boleh tunjukkan teladan yang baik untuk diikuti.

#semogakekalistiqamah

Comments