SIRI ZIARAH MASJID EP 11 @ MASJID TUNKU ALIF HUSSEIN SAIFUDDIN AL-AMIN KARIAH TENGKEK, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

SIRI ZIARAH MASJID EP 11 @ MASJID TUNKU ALIF HUSSEIN SAIFUDDIN AL-AMIN KARIAH TENGKEK, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.

Usai kami beriadah di Jeram Tengkek dari Bukit Bagindo, sempat menyinggah jamak qasar Asar/Zohor di masjid kariah ini. Tidak jauh pun dari tempat mandi-manda Jeram tu. Dek kerana kawasan Jeram tu tandasnya tidak berapa ok, kami decided nak bersuci di masjid ini.

Masjid ini agak lengang. Macam mati. Daun berguguran. Dalam tandas ada Mr. 🐸. Tapi, disebabkan ana bukanlah takut dengan binatang seperti ini, so ana buat relaks, buat cool je. Asalkan Mr. 🐸 tak melompat. Kalau melompat, dengan ana sekali turut melompat🤣🤣.

Tandas dan tempat wudhu' Muslimah berada di sebelah belakang. Muslimat kena cross laluan Muslim jika mahu ke belakang. Bersyukur ada masjid di kawasan kampung ini, walaupun tidak berapa terurus.

Masjidnya simple saja, ala-ala surau kampung. Mungkin kami datang dah agak petang, itu yang tiada orang kelihatan.

Usai mengemaskan diri, ana masuk ke ruang solat Muslimah untuk jamak qasar. Terlihat teman2 hiking yang lain sedang merehatkan badan dan minda, siap ada yang berdengkur lagi. Penat sangat memanjat hari ini barangkali. Biarlah mereka berehat dari lelah dahulu. Ada masa sikit untuk ana habiskan apa yang belum selesai.

Usai kerjakan yang wajib, ana ke hadapan cermin untuk betulkan apa yang senget. Ana membuat bunyi-bunyian sedikit agar kawan2 ana tersedar dengan bunyinya dan bertanya "dah siap ke"? Memang dah siap, cuma tunggu mereka sedar sendiri saja. Segan nak kejutkan😅. Akhirnya, seorang demi seorang tersedar. Dan yang terakhir, dikejutkan oleh kawannya kerana masa sudah lewat, kami perlu bergerak pulang. Gerak lambat nanti sampai rumah lewat malam. Tapi, last person sampai rumah jam 12 lebih juga. Lewat jugak. Dengan mata yang barai dan ngantuk, ditahankan hingga ke sudah.🤣🤣

Semoga kita diberikan hati yang sentiasa ingat illah kita. Bila lalai, terus betulkan diri. Amiin.

Sekian.

#semogaterusistiqamah

Comments