SIRI ZIARAH MASJID EP 18 @ MASJID JAMEK PARIT HAJI ALI, MUAR, JOHOR.
Ustaz cakap, kena ke tak kena ke dengan Covid 19, semua itu dah tercatat dalam kitab lauh mahfuz. Kita sebagai Muslim tidak perlu terlalu takut dan overreact. Jangan panik. Cuma, perlulah ikut langkah berjaga-jaga. "Mencegah lebih baik daripada mengubati".
Sebelum perintah kawalan pergerakan, kami sempat melawat masjid di Muar. Masjid Jamek Parit Haji Ali adalah antara masjid viral di Muar. Kubahnya kristal persis Masjid Kristal di Terengganu.
Senibina - mengetengahkan senibina Mughal & Ottoman. Kubah silver apabila terkena matahari, melantunkan cahaya yang bersinar bak kristal, cantik sangat.
Di sebelah masjid, terdapat madrasah tahfiz al-Qur'an As-Solihin. Namun, dikatakan itu adalah masjid yang lama digantikan nama dengan masjid yang gah berdiri kini. Wallahualam bissowab.
Pekarangannya nampak agak sempit, tapi cuba masuk dalam. Itulah orang kata, don't judge book by it's cover.😅. Rugi saja ana tidak dapat ke dalam kerana dalam musafir.
Sunyi rumah Allah tanpa kehadiran kita. Allahu, semoga Rakyat Malaysia selamat. Amiin.
Comments
Post a Comment