SIRI ZIARAH MASJID EP 17 @ MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM, MUAR, JOHOR.
Ada cerita menarik tentang masjid ini. Bukan sekadar cantik sahaja.
Muar (asal dari nama Muara Sungai) - tempat di mana megahnya berdiri masjid-masjid jamek yang unik. Antaranya, Masjid Jamek Sultan Ibrahim ini. Depan masjid ini adalah tasik yang menghubungkan Sungai Muar. Seberang tasik pula boleh nampak kembar masjid ini. Nama masjid itu pula ialah Masjid Jamek Sultan Ismail yang berada di Tanjung Agas daerah Tangkak.
Biru laut temanya binaan masjid yang mempunyai gaya senibina Moorish (Wikipedia). Biru muda yang sejuk mata memandang apabila dilihat. Tenang bersama warna langit. Namun, mengikut laporan Berita Harian, seni pertukangannya bergabung dari 3 buah negara iaitu pertukangan Melayu, Inggeris dan Turki. Gabungan yang unik inilah jadikan masjid ini sebagai masjid yang tertua dan permata Muar.
Mimbar masjid ini disadur warna emas. Katanya, ada disadur dengan emas betul, tapi tidak tahu bahagian mana. Engsel masjid ini pula dibuat dari tembaga. Lantai pula dari mozek binaan masjid di Madinah iaitu Terazo.
Di hadapan masjid ini, juga hadapan tasik, terdapat jualan Aiskrim Durian (RM 5.00 per cup). Wahh, panas terik ni pekena aiskrim memang terbaiklah. Kena pada tempatnya. Sambil menikmati bot belayar membawa pelawat mengelilingi tasik ini sehingga ke jambatan Sungai Muar. Selain itu, boleh tengok kaki pancing memancing ikan. Syoknya.
Sebelah sisi kanan masjid ini, ada ditanam pokok Belimbing Buluh. Baru berputik. Belimbing ini antara bahan masakan yang diburu oleh makcik2 masak. Kalau dapat buahnya, boleh buat sambal hitam. Wahhh, sedapnya. Nasib baik baru berputik🤣🤣. Biasanya kalau tanaman di masjid, diwakafkan. Sesiapa boleh ambil. Tapi, wallahualam kalau masjid ini. Apa-apapun, minta izin dulu tuan rumah sebelum ambil.😅😅.
Sekarang, ada construction pada laluan ke masjid ini. Anda mungkin mempunyai masalah dengan waze untuk ke sini sebab jalan banyak ditutup. Apa-apapun, rajin bertanya abang construction situ macam mana nak ke sini. Rugi pula datang dari jauh kalau tidak menyinggah ke sini.😅😅
#semogatrusistiqamah #behealthy #avoidcovid19
Comments
Post a Comment