SIRI ZIARAH MASJID EP 7 @ MASJID AL-MUSTAQIM, AMPANG


SIRI ZIARAH MASJID EP7 @ MASJID AL-MUSTAQIM, AMPANG.


"Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, walaupun sebesar sangkar burung atau lebih kecil lagi, Allah bina baginya sebuah mahligai di syurga." (Sahih Muslim).

Sudah bertahun-tahun ana tinggal di kawasan Ampang ini, namun ini baru kali pertama ana solat berjemaah (Isyak) di Masjid Al-Mustaqim, lebih kurang 5 minit dari kawasan rumah jika dengan kereta.

Masjid ini sangat unik kerana tidak berkubah. Hanya menara azan yang berupa tanjak kepala orang Melayu, berbulan dan berbintang persis pada tanjak gabenor duit kertas Ringgit Malaysia (RM). Mungkin inilah yang dinamakan masjid tertutup.

Asalnya tapak masjid ini ialah tapak Surau Al-Islamiah, sebelum jadi Masjid Al-Mustaqim. Boleh dikenali juga sebagai masjid arab, sebab ramai jemaah luar negara seperti orang Arab solat sini. Ampang memang terkenal dengan pusat kedutaan @ embassy terutama dari negara Arab.

Masjidnya agak luas. Tempat solat Muslimah di tengah2, bukan di belakang. Tu yang kalau first time datang, tercari-cari juga mana tempat wudhu' n solat wanita. Tempat parking tak ada masalah sebab banyak. Kalau lapar pun tiada masalah, sebab di hadapan masjid tu ada kedai makan selain suq pakaian jubah dan kurta. Kalau kereta kotor pun, depan masjid tu juga ada carwash. Banyak kemudahan.

Dalam Isyakku, dengan mengenakan sepasang baju kurung cotton berwarna biru dan tudung satin berwarna cyan, aku mengikuti jemaah tanpa memakai telekung labuh putih. Alhamdulillah, tiada mata pelik memandangku kerana aurat itu bukanlah pada telekung labuh.

Di kiriku, ada muslimah tua arab persisnya, duduk di atas kerusi. Kudratnya sampai di situ sahaja. Gigih berjemaah. Usai salam terakhir, setelah beberapa minit, Muslimah tua itu mengangkat tangan berdoa, tanpa menunggu wiriknya imam dan setelahnya, dia bangun mengerjakan solat sunat barangkali. Berkali-kali ia mengerjakannya. Aku sekadar memerhati dari lirikan mataku. Hajatnya mahu bertegur sapa, namun tidak mahu mengganggu ibadahnya, maka aku berangkat pergi.

Alhamdulillah, bersyukur masih diberi nikmat kesihatan yang sihat walafiat.

Comments