SIRI ZIARAH MASJID EP 15 @ MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ, PETALING JAYA.
Dalam indah terbentangnya masjid, ada tersedia dewan untuk sebarang aktiviti seperti majlis-majlis perkahwinan. MashaAllah.
Masjidnya ada 3 tingkat. Dewan berada di tingkat bawah sekali. Di tingkat bawah juga terdapat souq2 pelbagai kelengkapan pakaian Muslim (jubah, kurta, kopiah, tasbih, makanan sunnah dll). Di tingkat dua adalah dewan solat Muslim. Namun, ana tidak nampak di mana dewan solat perempuan. Mungkin di tingkat atas.
Kubah masjid diukir indah, persis kopiah Muslim yang kembung ke atas bentuknya. Ditacap dengan bintang dan bulan. Ada satu menara azan di sebelah kanan. Tema warna masjid ini ialah kuning peach.
Dalaman masjid dihias indah sepertimana masjid2 besar yang lain. Kelihatan jemaah Muslim sedang solat, ada yang sedang merehatkan diri, dan ada yang santai sambil menjaga anak.
Masa ni, kami tak jumpa parking bawah kat mana, jadi kami parking je di perbatasan jalan perumahan😅😅.
Sedihnya, tiada rezeki untuk solat di masjid ini kerana terburu-buru ke Cyberjaya atas urusan lain. InsyaAllah ada rezeki, datang lagi ke sini.
#yokkemasjid
Comments
Post a Comment