SIRI ZIARAH MASJID EP 1 @ MASJID JAMEK, KL

SIRI ZIARAH MASJID EP 1 @ MASJID JAMEK, KL.


"Ya Allah, jadikan hati kami, hati yang terikat dengan masjid-Mu, amiin".

Alhamdulillah, semalam kami berkesempatan melawat masjid ala Kaabah, berukiran seni bina Tamadun India.

Petang - Kami solat Asar di sini dek kerana ada urusan berhampiran sini. Mula-mula menapak masuk, terdapat beberapa suk (kedai) minyak atar. Penjualnya mungkin Indians Muslim kerana kawasan sini memang popular dengan keturunan India. Sebelah kanan ialah tempat ambil wudhu' & tandas (lelaki & perempuan). Perhatian: jangan jalan terus ke hujung, kerana di sana tiada tempat wudhu', kamu akan berpatah balik ke sini semula nanti kerana ada 1 sahaja tempat wudhu' iaitu di tempat mula-mula kita masuk.

Jika di kanan tempat wudhu', di kiri pula tempat parkir van jenazah. Masuk-masuk saja nampak van jenazah, nah kalau kita tiada rasa taubat dalam diri tengok van ini, semak hati, mungkin hati sudah keraslah tu. "Mengingati mati itu walaupun sekejap adalah orang yang sangat bijak".

Kemudian, sebelah kanan juga adalah tempat solat (Muslim di hadapan, Muslimah di hujung). Dan di kiri terdapat tempat duduk untuk istirahat lenguh punggung seharian berjalan dan tempat menunggu. Di kiri juga, kita akan melihat perbatasan air sungai yang memisahkan masjid ini daripada bangunan sebelah (HSBC dan etc).

Masa mula kami masuk, kelihatan foreigners (tourist) sedang mengambil gambar masjid, photoshoot, posing dan pelbagai kerenah lagi asalkan dapat bergambar dengan masjid ini. Sama jualah denganku, mahu juga sekeping 2 gambar di sini🤣🤣. Masjid bersejarah kot, cantik pula tu.

Selesai photoshoot, terus kami lajukan kaki untuk solat kerana Asar sudah lama masuk, kami sudah kelewatan. Ruangan solat untuk Muslimah tidak luas sebagaimana Muslim. Tempat solatnya terbuka , hanya dibataskan oleh garisan merah. Tempat betulkan tudung ( cermin solek ) pun sangat terhad, muat hanya dalam kira2 5 orang pada satu-satu masa. Ini mungkin jadi complain bagi Muslimah kerana mereka sudah tentu akan serang cermin lepas solat sebab nak betulkan tudung, nak mekap, touch up, dan sewaktu dengannnya. Terutama yang pakai selendang, nak hias style selendang tu bukannya sekejap. Saya pun pernah berada di tempat merekalah.🤣🤣

Alhamdulillah, dek kerana saya jenis suka simpan wudhu', jadi tidak perlu mekap bagai. Usai solat, boleh terus blah.

Sempat saya melihat seorang makcik berhias diri (pakai tudung) di hadapan cermin. Disampingnya kanak2 lelaki, setia menunggu dan melihat makcik itu dengan sabar. Diam dan mendengar kata. Dalam hatiku, bagusnya budak ini. Dan saya ingat wajah kanak2 itu.

Sebelum beredar untuk urusan, kami sempat lagi mengambil sekeping dua gambar ukiran masjid untuk kenang-kenangan.
.............

Malam. Usai makan. Kami bergegas mencari tempat untuk solat. Asalnya, mahu singgah di Masjid India, namun dek kerana tempat wudhu' Muslimah sedang diperbaiki dan digantikan (diletakkan sementara) bersama dengan tempat wudhu' Muslim walaupun ada perbatasan, namun agak tidak selesa bagi saya sebagai Muslimah. Kerana perlu cabut tudung, bersuci dan sebagainya. Jadi, kami ambil keputusan untuk bergegas ke Masjid Jamek.

Dalam rintikan hujan, kami meredah. Sesampai saja di pekarangan masjid, hujan turun dengan laju tidak tertahan lagi. Dek kerana saya tidak tahu tempat wudhu' pada asalnya, saya terus ke hujung tempat solat Muslimah. Bertanyalah arah pada seorang adik di situ, katanya tempat wudhu' berada pada mula-mula kita masuk. Allahu, bermakna saya kena patah balik ke hujung sana. Khuatir Maghrib kian menghampiri Isyak, mahu tidak mahu, terpaksa saya meredah hujan. Sudahnya payung tak dibawa, maka basah kuyup jubahnya. Memang bermandi hujanlah masa itu. Tidak diendahkan, asalkan panggilan wajib ditunaikan.

Usai berwudhu', berpatah balik ke hujung (ruang solat Muslimah). Alhamdulillah, sebelum ingin berlari masuk ke dalam, seorang sister (Indonesia) menumpangkan payungnya kepada saya. Bersyukur dan berterima kasih. Semoga sister itu dilindungi Allah s.a.w.

Sebelum masuk ke dalam, terpaksa buka stoking kerana basah. Takkan nak cop masjid yang suci ni dengan lelehan air hujan pula kan. Stoking digantikan dengan kain sembahyang sekadar menutup kaki. Adalah lebih selesa sebenarnya solat pakai jubah berbanding telekung. Kerana jika telekung, agak payah terutama bila ingin sujud. Selalu terjadi, kain berlapik dahi. Kang dahi, hidung, 2 tapak tangan, lutut dan 2 perut jari kaki adalah anggota sujud yang wajib disentuh pada tempat sujud? Perlu sentiasa selak telekungnya agar tapak tangan kena pada tempat sujudnya.

Usai solat, usai betulkan tudung sikit. Baru saya bangun dari tempat solat untuk ke tempat cermin bagi simpan semula kain solat yang dipinjam. Pada masa yang sama, sempat menoleh ke cermin untuk last check, dah betulkan semua ke belum. Biasalah wanita, sukakan kekemasan dan kesempurnaan.

Namun, hujan masih berderai. Diarahkan tunggu dulu sehingga reda. Dalam menunggu, saya mengambil sebuah Quran terjemahan dengan niat untuk membaca juzu' Amma sambil bertegur sapa dengan Chinese Muslim. Kelihatan Chinese itu sedang membaca al-Qur'an sambil dibetulkan oleh Muslimah Melayu (mungkin ustazahnya). Tidak mahu mengganggu, saya teruskan hal sendiri membelek terjemahan ke juzu' Amma. Tapi, saya terpanggil untuk mendengar tazkirah yang disampaikan. Agak kurang beradab membaca al-Qur'an ketika tazkirah sedang berlangsung.

Maka, saya masuk ke dalam masjid semula untuk mendengar. Di birai pintu, balik tiang, saya duduk sambil menadah telinga. Kebetulan topik tazkirah pada malam ini sangat kena dengan diri yang ingin diperbaiki ini. Iaitu bertajuk taqwa. Yang sempat didengar ialah tentang 5 hak kita terhadap al-Qur'an iaitu (1.Belajar, 2. Baca 3. Hafal 4. Fahami 5. Amal.) Seterusnya, diperdengarkan tentang kelebihan orang yang bertaqwa yakni (12 kelebihan - nanti saya tulis asing).

Kemudian, terlihat seorang kanak2 lelaki yang tidak asing bagiku. Oh kanak2 petang tadi yang bersama mak cik (mungkin maknya). Tetap setia di samping perempuan itu. Namun, bila Isyak berkumandang, kanak2 itu bergerak ke saf Muslim untuk solat. MashaAllah, adik ini sangat soleh. Semoga kekal istiqamah.

Alhamdulillah, sempat Isyak berjemaah. Lantunan bacaan Imam tika ini sangat merdu. Menusuk kalbu. Bersyukur dapat merasai nikmat ini. Mengikuti semuanya, dari wirid dan doa sehingga selesai, barulah kami bergerak pulang. Saya pulang dengan jubah lembap dek meredah hujan. Sejuk dirasakan. Alhamdulillah tidak bawa ke demam.

Pengalaman berharga yang akan dikenang-kenang.
Cerita sebagai pengajaran. Mana boleh ambil ibrah, silakan.

#semogakitadapatperbaikidirijuga #jomistiqamah #insyaAllah

Comments