SIRI JELAJAH JOHOR.
Tiba musim cuti sekolah, seronoklah hendak bercuti. Kenduri pun banyak.
Minggu ini, saya diundang untuk menghadiri kenduri junior persatuan di Universiti. Jodoh junior dulu.
Alhamdulillah dan tahniah. Barokallahufikum. Kawan saya berasal dari Johor. Dah orang undang, sambil-sambil menyelam minum air lah, kita pergi je lah. Ambil berkat.
Selepas menghadiri kenduri, kami berempat pun jelajah kawasan di situ iaitu daerah Muar. Banyak tempat menarik di Muar dan masjid-masjid yang cantik.
10 TEMPAT MENARIK DI MUAR, JOHOR.
1 - CHALET BONDA, PARIT RAJA.
* Di sinilah majlis perkahwinan diadakan. Tempatnya cantik dan luas. Memuaskan hati.
Menjadi raja sehari ialah impian semua orang. Samada cepat atau lambat saja. Tahniah buat kedua-dua mempelai.
Chalet Bonda. Ada gazebo cantik untuk berehat melepaskan lenguh punggung. Memang tempat sesuailah jika ada
yang mahu merehatkan otak dan minda dari kesibukan kerja.
2 - Tanjung Ketapang.
* Alang-alang sudah dekat, singgah mai la sat di Tanjung ini.
Dari sini, dapat lihat pulau panjang yang bercantum sehingga ke Sungai Muar. Sayangnya waktu kami datang ini
adalah waktu tengah hari, terik mentari. Kalau datang petang, boleh menikmati sunset lawa. Jika dilihat dalam selut ini, kelihatan ikan belacak yang timbul, mengheret badan ke permukaan darat. Ikan belacak ini adalah ikan yang
hidup di dua alam. Boleh hidup di dalam air dan bertahan di atas darat. Seperti ikan bersayap pun ada gayanya.
Sini juga berhampiran dengan kawasan Taman Tanjung Ketapang. Tempat riadah dan berjoging.
3 - Tanjung Emas.
* Dekat saja saja dari Tanjung Ketapang dan berhadapan dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim (warna biru).
Dari sini dapat melihat Selat Melaka dari kejauhan dan jambatan Muar serta bot yang membawa pelancong
mengelilingi laut ini sehingga ke Sungai Muar.
Di sini juga, terdapat kaki pancing. Jika rezeki, maka akan nampak pakcik2 dan anak muda mengail ikan.
Turun dari kereta, sementara tunggu yang lain siap solat, aku beranikan diri menghampiri seorang pemancing. Sudah baya-baya pakcik. Namanya Pakcik Samad. Aku tertarik dengan beliau yang sedang memancing ikan.
Ditacapnya 3 batang kail sementara menunggu habuannya.
" Ikan apa biasanya dapat, pakcik?" Aku mulakan bicara.
Jawab pakcik, " Biasa dapat ikan siakap, sembilang, gelama." Mesra saja pakcik Samad membalas segala pertanyaanku.
Menurut Pak Samad, beliau jadikan aktiviti memancing ini sebagai hobi saja. Dia perlu tenangkan fikiran. Pakcik Samad ada kenangan yang perlu perlahan-lahan lupakan iaitu arwah isterinya. Sedih juga dengar ceritanya.
Pakcik Samad sangat mencintai arwah isterinya. Semasa hayat isterinya, beliau menghidapi kanser payudara. Pakcik Samad lah yang sentiasa menjaga arwah isternya. Masakkannya, mandikannya. Seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Maka, lepas arwah meninggal, Pakcik Samad berpindah dari rumah itu (di Keluang) kerana jika beliau masih tinggal di situ, beliau akan selalu teringatkan arwah. Pergi dapur teringat arwah, pergi bilik mandi teringat arwah. Allahu. Sekarang Pak Samad tinggal bersama adiknya di Muar ini dan menghabiskan masa dengan aktiviti memancing sebagai hobi.
Pakcik Samad juga tidak lokek berkongsi tips-tips memancing. Contohnya:
1. Jenis tali pancing :- a) Tangsi - yang kebiasaan para pemancing gunakan (asas). b) Benang - sekarang ramai yang gunakan benang. Tapi bukan benang menjahit ye. Benang yang memang khusus untuk memancing. Benang ini lebih kuat dari tangsi dan boleh diikat untuk menarik lori - sebab ia kuat. (Menurut cerita Pak Samad).
2. Jenis gulung (simpulan benang tangsi) - berbeza saiz dan besar mengikut tempat. Jika mengail di Muara/ tepi laut/sungai - boleh gunakan gulungan yang biasa. Jika mahu mengail di tengah laut (menaiki bot) - gulungannya lagi tebal kerana keluasan di tengah laut lebih luas.
3. Jenis umpan pancing laut: a) Cacing pasir - sejenis cacing yang hidup dalam pasir laut b) Cacing karung - sejenis cacing yang panjang dan berbatang (di dalam cangkerang pancang) c) Cacing nipah - biasanya dijumpai di dalam batang nipah yang sudah reput d) Wad-wad. e) Udang - semua ikan makan.
menggelikan kalau bagi perempuan. Ketika ini, Pakcik Samad menggunakan umpannya sendiri iaitu udang yang
dijalanya sendiri di muara sini.
Dulu, aku pun biasa memancing menggunakan cacing tanah. Gigih mencangkul tanah yang basah untuk dapatkan cacing. Jika hari hendak hujan, ada rezeki kalkatu akan keluar (katu pok kioq - orang Kelantan panggil). Kalkatu besar sangat menjadi kegemaran ikan sungai. Pernah sekali aku bersama nenekku pergi memancing, dapat sekarung ikan. (haruan, puyu, sepat, keli, dll). Seronok sebenarnya aktiviti memancing ini. Aduhai pakcik telah membuat aku terimbau kenangan zaman kecikku di kampung. Sobs.
Pakcik Samad juga berkongsi yang 28 Mac nanti, jambatan Muar yang nun jauh di hadapan aku ini akan ditutup sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Johor. Di atas jambatan itu, akan ada deretan kedai-kedai jualan. Dulu, kawasan sini (di tepi hotel depan sini) adalah istana tempat persinggahan Sultan Johor sebelum ditukarkan ke tempat lain. Patutlah Johor, terutama Muar ini mempunyai seni bina masjid yang sangat cantik dan unik. Banyak ilmu yang aku dapat daripada Pakcik Samad yang mesra orangnya ini terutama dengan perempuan. Hihi.
Sambil itu, aku melihat pancing bergerakdan ternyata ada mangsa yang terkena iaitu pertama, ikan gelama, kedua ikan duri tapi dilepaskan semula ke laut oleh Pakcik Samad kerana ikannya masih kecil. Ketiga anak ikan pari (tuko), juga dilepaskan semula oleh Pakcik Samad kerana masih baby. Allahu baik sungguh hati Pak Samad. Semoga sentiasa berada dalam rahmat-Nya.
4 - Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Bandar Maharani.
Di hadapan Tanjung Emas sahaja megahnya berdiri masjid bersejarah ini. Dilukis oleh Encik Sulaiman bin Haji Ilyas dan diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said Bin Haji Sulaiman (Wikipedia).
Menurut Pakcik Samad tadi (kelahiran sini), mimbar masjid ini diperbuat daripada emas (ada emas yang betul - tak tahu kat bahgian mana saja) dan engselnya diperbuat daripada tembaga. Mozeknya pula diperbuat daripada Terazo (serpihan batu marmar yang kecil, dibancuh dengan simen dan mukanya diasah sehingga licin dan berkilat) - yang digunakan pada kemasan lantai seperti masjid di Madinah.
Di tepi masjid juga ditanam pokok Belimbing Buluh (biasanya orang buat sambal hitam) yang baru hendak berbuah. Dulu-dulu saya suka makan buah belimbing ini walaupun teramatlah masam.
Seni bina masjid ini adalah daripada 3 elemen asas binaan iaitu daripada seni bina Melayu, seni bina British dan seni bina Turki.
Di hadapan masjid ini, dijual juga Aiskrim Durian yang berharga RM 5 (per cup). Panas-panas terik ini
syok jugak dapat makan aiskrim. Yumm. Sambil melihat view laut yang cantik dan Masjid Sultan Ismail,
Tanjung Agas di seberang Sungai Muar.
Dikatakan yang Masjid di seberang itu adalah kembar masjid ini. Cuma daerah saja yang berbeza. Masjid Sultan Ismail itu berada di Tangkak, dan Masjid Sultan Ibrahim pula di Muar. Terpisah oleh Sungai Muar.
5 - Muar Cultural Walk (Street Art).
* Juga tidak jauh dari sini. Seni yang dilukis pada tiang-tiang bangunan menarik perhatian pengunjung untuk dijadikan koleksi photoshoot street art.
Nak ke sini, perlu cari parking dulu. Ada yang park di tepi Watch Tower. Kemudian, berjalan selama lebih kurang 5 - 10 minit ke arah sini. Kebanyakan warga di sini adalah Cina. Saya tak nak stereotype di sini, walaupun punca Coronavirus adalah daripada orang Cina Wuhan. Kena penyakit ke tak kena, semua sudah tercatat di dalam lauh mahfuz.
" Kak, nak sate seringgit je. Tak nak banyak-banyak, nanti gemuk. "(Hihihi).
" Lama sangat tunggu akak bungkus sate. Meh la saya tolong kibas." Sate manis manis sedang dibakar. Hihihihi.
" Cepat naik. Lariiiiii. Zombi Coronavirus menyerang!!!"
" Abang ajak saya menari. I is malu lah". (Hihihi).
" Ya, i tahu sekarang Coronavirus. Kita semua mosti hati-hati."
"Wah, saya boleh terbang".
" Tunggu, tuan hamba tidak boleh lalu di sini buat masa sekarang. Perintah Kawalan Pergerakan sudah dilancarkan sehingga 31 Mac ini demi keselamatan negara. Semoga negara kami kembali pulih dari Coronavirus."
"Ya, kita perlu ambil langkah berjaga-jaga dalam mencegah terkena virus Corona ini."
" Laju lagi sis. Lajuuu!!"
" Panas-panas nih, syok dapat ABC. Meh semua, kita kasi laku ABC Che Mek molek ini!"
" Laju, buaiku laju. Aku nak kahwin dengan anak raja." (bernyayi).
" Sis pun pelan-pelan kayuh. Nak laju poi mano? Tak lari ha gunung dikejar."
" Nah, beginilah cara-cara nak buat pottery".
" Banyak betul nama-nama pawagam. Yang saya tahu Cathay Cinema saja yang terletak di Butterworth".
" Udah-udah ler tu, ha jom balik."
6- Menara Jam Muar.
* Kami parking kereta tadi betul-betul tepi menara ini. So, agak dekat dah antara satu sama lain.
Ada tangga cinderella untuk naik ke atas bagi melihat view pekan Muar ini.
Masha-Allah, sangat cantik tempat yang dinamakan royal town nih.
7- Masjid Parit Unas.
Berdekatan saja dengan Menara Jam tadi.
Tempat yang saya suka di Muar ini ialah masjid-masjidnya sangat cantik dan unik.
Struktur binaan tiang yang lebih kurang sama dengan masjid-masjid jamek yang lain.
8- Masjid Jamek Parit Haji Ali.
Lewat beberapa minit sahaja daripada Masjid Parit Unas, ternampak masjid ini.
Kubah masjid kristal persis Masjid Kristal di Terengganu menjadi tarikan utama di masjid ini, yang dikhabarkan popular dalam pencarian media sosial. Antara masjid yang perlu diziarahi ketika melalui kawasan sini.
Berjalan pun berjalan juga. Kewajipan tetap kewajipan. Dalam kita seronok berjalan-jalan, jangan lupa solat.
Pelancong dari luar negeri boleh jamak solat. Lebih senang gunakan jamak qasar (jamak dan pendekkan).
9- Village Grill Restaurant, Bandar Maharani.
* Perut mula berkeroncong. Rupanya sudah melewati waktu lunch. Perut perlu diisi juga agar dapat kekal bertenaga.
Mula-mula kami mencari gerai jualan Lempeng Pekak Kambing Semalam.
Wah, rare sungguh nama. Viral di dalam pencarian. Tengok gambar lempengnya pun mengiurkan.
Nak merasa juga. Tapi, sayangnya waktu kami datang gerai ini ditutup. Sobs. Tak ada rezeki lagi nak merasa.
Jadi, kami search tempat lain. Maka, terjumpalah Restoran Grill Village ini. Makanan western. Lantak je la. Perut dah lapar. Tengok menu, Samyang Fried Chicken (RM 15.00) sangat menyelerakan. Maka, orderlah untuk merasa. Punyalah gembira hati apabila Samyang sudah sampai ke meja makan. Dicuba Fried Chickennya dulu. Wah, sangat enak. Belum dicuba Samyangnya.
Bila dicuba Samyangnya. Allahu, dapat makan satu suap saja. Orang kat sebelah sudah tukarkan dengan Nasi Lemaknya. Ya, ampun. Menangis makan Samyang ni. Pedas yang amat.
Saya bagi 5 star dekat Restoran yang menyediakan Samyang ini. Samyangnya sedap sangat bila mula-mula rasa.
Lepas tu baru naik angin kepedasan. Harganya lebih murah berbanding di KL, kata kawan kat sebelah. Pekerjanya siap menggelakkan saya lagi yang kepedasan. Ok lah mesra jugaklah tu pekerjanya.
10- Pantai Leka.
Tidak jauh dari tempat makan tadi. Memang cocok dengan namanya. Boleh melekakan sesiapa yang ke sini kerana view sunsetnya sangat cantik. MashaAllah.
Deretan bot nelayan tersadai di pinggiran lumpur laut. Berbaris cantik. Ibarat berada di persisiran laut Thailand. Menikmati suasana sederhana orang nelayan. Sangat melekakan.
Bot-bot nelayan ini disadai di kawasan lumpur. Melihat dari kejauhan bagaimana bot boleh disadaikan di kawasan lumpur yang lecak dan digerakkan ke arah laut. Sangat unik.
Lagi menarik dan melekakan ialah view sunsetnya. Rezeki kami datang ke sini pada waktu sunset. MasyaAllah bibir ini hanya memuji keindahannya. Covict melanda sekalipun, tak gentarkan kaki ini untuk melihat keindahan penciptaan alam ini yang terbentang luas.
Baiklah, ini 10 destinasi menarik di Muar, Johor yang boleh kita lawati. Semuanya berhampiran antara satu sama lain. Satu jalan sahaja (seharung).
TEMPAT MENARIK SELAIN MUAR.
Saya sempat juga melawat 1 masjid di Tangkak, Johor sebelum memasuki daerah Muar. Sesungguhnya, Johor ini terdapat banyak masjid-masjid yang mempunyai ukiran yang unik dan indah.
Masjid Parit Bunga, Tangkak.
Happy holiday semua.
Selain itu, bersama-samalah kita
membaca doa ini di pagi dan petang hari:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ
“(Aku berlindung) dengan Nama Allah yang bersama nama-Nya tidak ada sesuatu di bumi dan di langit yang boleh membahayakan. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,” sebanyak tiga kali (melainkan) tidak ada sesuatu yang membahayakannya.” (HR. Abu Dawud & Al-Tirmidzi)
Semoga Allah melindungi kita semua daripada musibah wabak ini (Coronavirus) dan sebarang penyakit yang berbahaya. Amiin.
Comments
Post a Comment