SEBARKAN UKHUWAH WALAUPUN DALAM HIKING

SEBARKAN UKHUWAH WALAUPUN DALAM HIKING.


"Kak, tunggu". Kemudian dia pegang tangannku dengan mengah.

Dari situ aku sweep dan pegang tangannya ke puncak. Ya, aku begitu faham bagaimana rasanya mendaki pacak.

Dari situ juga kami saling berkenalan dan akhirnya menjadi kawan akrabku sehingga hari terakhir trip.

Allah titipkan rasa kasih sayang dalam diri kami berdua sehingga aku tidak berasa asing disampingnya. Perkenalan satu hari saja, namun seperti sudah berkawan lama. Aku begitu suka akannya dan rasa kehangatan ukhuwah ketika bersama-samanya.

Satu bilik homestay, snorkeling sama-sama, tengok corals sama-sama, terjun laut sama-sama, dibawa jalan2 oleh guider taman laut sama-sama, mandi air terjun sama-sama. Last2, carpool sama2.

Saat sweet yang aku tidak akan lupa adalah apabila dia letakkan kakinya di atas ribaku ketika berada di dalam kereta, dan meminta diurutkannya kerana sakit. Dari situ aku begitu mengerti akan kesakitannya, dan tidak langsung jadi keberatan bagiku untuk memicit seminit dua kakinya itu. Lenguh kerana duduk terlalu lama. Ya aku mengerti.

Begitulah ukhuwah kami tercipta. Dua hati ditiupkan rasa kasih dan saling menjaga diantara satu sama lain. Inilah nilai persahabatan yang tidak ternilai. Semalam dia memesegku menanyakan aktiviti hujung mingguku ke mana kerana mahu ikut.

InshaAllah akan ku ajaknya dan pilih aktiviti yang sesuai untuk kebolehan dirinya kerana dia masih seorang yang fragile. Tapi, sudah tentu aku akan mengajaknya menggunung🤣🤣. Bersiap sedialah wahai sahabat baruku ye. Don't worry, selagi ada saya, awak tidak akan ditinggalkan. Saya sweep sampai balik. InshaAllah.🤣🤣

#bilaakumenulisttgsahabat #brmknadiaadalah #sahabatyakusyg 🤣🤣🤣 #welcomegeng

Comments