RESEPI KE-7 : KUIH LAPIS (8 LAYER).


RESEPI KE-7 ✓ KUIH LAPIS (8 LAPIS).



And at this night, I can say that, I found a new hobby. It is, COOKING.

Alhamdulillah, cubaan pertama membuat kuih lapis Abg Alley Mitt Anderson. Berjaya buat 8 lapis (Oren, Apple, Vico, Susu - doubled).

Hanya menggunakan gandum sebagai bahan utama. Disamping santan, susu, gula & perasa lain (adunkan).

Cara buat:
1) Ayak tepung dulu (takut ada bubuk).
2) Adun tepung + santan + susu cair + gula.
3) Adun hingga cair (jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat. Agak2 memuaskan hati).
4) Asingkan adunan ikut warna yang mahu.
5) Masukkan air dalam periuk pengukus - tunggu sehingga periuk kukus mendidih.
6) Masukkan loyang / bekas / tupperware yang sesuai mengikut saiz yang dikehendaki.
7) Dah mendidih - masukkan adunan tadi (lapis pertama), kemudian tunggu lapisan pertama mengeras dulu (est 3-5 minit).
8) Baru tuangkan lapisan kedua keatas lapisan pertama. Tunggu 3-5 minit. Kemudian ulang lagi step yang sama sehingga habis lapisan (lapisan ke-8).
9) Dah siap. Tutup api. Sejukkan sekejap.
10) Sapu marjerin/minyak di pisau sebelum mula memotong (untuk clean cut).

Kekurangan kali ini: kurang manis, kurang santan, kurang nipis lapisannya. 🤣🤣🤣

It's ok, boleh cuba lagi.

Selamat mencuba.


Comments