PEWAI BERSEPAI, BARAI BERKOCAI.
Inilah apa orang nismilan cakap. (Kak Syida, 2019). Pengalaman buat Trans-Langat. 8.00 malam baru sampai puncak Gunung Hitam.
Ada saat di mana, mental saya dan kami semua menangis. Ada saat di mana, kami ingin putus asa saja, patah balik apabila:
1. Pacat - tak mau berenggang. Dibuang yang ni, yang lain datang. Dicabut yang tu, yang lain datang lagi. Jenuh.
2. Pacak - ya ampun, seperti rock climbing. Dengan ada yang tidak bertali. Pandai2 sendiri cari cara nak berpijak.
3. Trek licin - beberapa kali menggelongsor dan beberapa kali terjelepok.
4. Duri - asyik nak melekat je. Tak ke tudung, ke baju. Tak ke baju ke tangan. Habis belirat tangan, luka-luka kecil.
5. Hutan tebal - ibarat merintis jalan baru disebabkan tak ramai yang lawat, trek semakin tertutup.
6. Lebah - bukan pacat je, lebah pun hinggap meninggalkan lovebite nya tu. Nasib baik yang banyak kena tak ada allergic. Yang tak bernasib baik pula, hanya dia rasa sakit nak pitamnya macam mana.
7. Kekurangan air - tidak jangka treknya begitu panjang, maka airnya tidak ditimbang tara terlebih dahulu. Inilah pengajaran penting kali ini. Preparation for the unexpected situation.
Satu saat, saya duduk rehat dan termenung. "Apa aku buat kat sini nih?"ðŸ˜ðŸ˜. Kepala digeleng berkali-kali. Mengeluh. Sedangkan aku mengeluh, apa lagi yang lain-lain.
Terkesan juga dengan ayat-ayat line up terbaik ni.
"Walaupun mengambil masa panjang untuk dilaksanakan. Anggapla ia dari sudut positif yang mana bukan semua peserta trip dapat alaminya. Kirenye layannn aje 😅. Alah bisa tegal biasa, itulah perumpamaan yang secocok ya. Kata minat hutan M’sia dalam menghayati keindahan alam anugerah Allah yg tidak ternilai. 😃 Itulah keistimewaan hutan kita..the truth and beautiful of Malaysia jungle is there 😆 Jangan serik utk join next trip". (Mustaqim, 2019).
"Alhamdulillah selamat sampai semuanya setelah mengharungi pendakian hampir 18 jam. Sesungguhny kita yg merancang, Allah jua yg menentukn. Pengalaman yang tak boleh dijual beli pada trip BMR⛰️ kali ini... Thanks semua." (Wira, 2019).
Ya, pengalaman yang tiada dalam buku dan tidak boleh dijual beli. Orang pergi daki Fuji pun tak dapat pengalaman seperti ini, kata otai.
Nak tak nak, perjuangan diteruskan. Dengan adanya line-up dan crews yang mesra lah pendorong kami untuk sampai ke puncak. Jujur saya katakan, line up kali ini sangat memahami. Dan banyak menolong apa yang kurang. Serta berkongsi idea dan menggunakan ilmu topografi yang dipelajari. Lepas ni boleh download apps locust untuk check elevation trek.
Terima kasih tidak terhingga kepada 19 orang BMR team kerana memberi kami peluang untuk merasai pengalaman ini. Pengajaran terbaik.
Nanti saya cerita pasal keindahan gunung ini plak.
Comments
Post a Comment