METEOR YONG BELAR

METEOR YONG BELAR.

Kalaulah cahaya bulan penuh memancar ke dalam sungai Kem Pelaur ni, subhanallah indahnya. Maha suci Allah yang menciptakan keindahan2 Alam semesta ini.
Dengarnya, geng2 hiker nak mengejar pancaran cahaya bulan ni 2 minggu lagi. Patutlah minggu kelmarin tak ramai team yang datang melawat Kem Pelaur. Rupanya tunggu tarikh cun 27-28 April ni baru nak datang.
Alhamdulillah, walaupun tak dapat berjumpa dengan keindahan cahaya bulan itu, kami telah melihat shooting star. Malam kelmarin, sementara menunggu line up last sampai di rest station tanah datar, guider menyuruh kami pandang atas. Saat memandang ke atas, subhanallah, begitu banyak bintik-bintik bintang. Sungguh indah. Terus, mata kami menangkap sesuatu lalu. Itulah meteor. Menjerit keseronokan kami kerana tidak sangka akan melihat meteor disamping bintang2 yang indah.
Yang tidak sempat melihat tidak puas hati. Ditiliknya lagi bintang2 di langit harap dapat bertemu jua. Entah yang lain dapat melihat ke tak. Tapi aku, dapat melihat sebanyak 3 kali. Kali terakhirnya aku melihat shooting star yang panjang (lalu). Menjerit aku kepada mereka supaya melihat apa yang aku lihat. Sungguh indah, subhanallah.
Dalam hidup, ini kali pertama aku dapat melihat shooting star yang banyak dan lintasannya yang panjang. Thanks to guider juga sebab menunjukan kami keindahan stargazing malam2.
Jadi guys, siapa yang melawat Yong Belar, malam2 masih belum keluar, rehat dulu sekejap, dan pandanglah atas. Kalau ada bintang, tidak mustahil akan bertemu dengan shooting star. Kalau tidak, akan melihat pancaran cahaya bulan penuh. InsyaAllah.

Comments