MENGESAN KEDUDUKAN HAIWAN LIAR MELALUI BUNYINYA

MENGESAN KEDUDUKAN HAIWAN LIAR MELALUI BUNYINYA.


Satu lagi perkongsian daripada ilmu yang dapat semasa hiking. Samada fakta @ auta, wallahualam bissowab.

Jika ada pandangan lain, amat dialu-alukan. Boleh tambah ilmu lagi. Ilmu daripada otai gunung juga.

BUNYI RIMAU/GAJAH DLL:
Jika bunyi tu kuat, bermakna binatang liar ni berada jauh dengan jarak kita.
Sebaliknya, jika bunyi itu perlahan, bermakna binatang liar ini berada dekat dengan kita.
Yang ni kita kena hati-hati. Bila-bila masa ia boleh terkam.\

LARANGAN TUNJUK HEBAT:
Jika nampak anak-anak mereka, jangan tunjuk berani nak pergi halau kerna bila ada anak, sudah tentu ada ibunya yang berdekatan. Ibu mana tak sayang anak kan. Kang dalam kita nak menghalau binatang tu, rupa-rupanya ibunya sedang menunggu mangsa untuk makanan anaknya. Takde Bismillah dah nak makan.

CARA NAK HALAU BINATANG LIAR:
1- Ketuk je pokok/buat bunyi sikit, nanti mereka lari. Terutama gajah sebab gajah sensitif pada bunyi.
2- Pasang mercun - ini yang selalu otai buat bila camping dalam hutan. Udahnya tak bagi amaran dulu sebelum lepas, terkejut opocot jadinya kami. Nasib baik tak tertumpah nasi baru nak makan.
3- Doa - sudah tentu perisai terbaik manapun kita berada. Doa juga supaya tak tinggal solat. Syaitan ni suka sangat kacau orang yang lemah semangat.

CERITA HUTAN:
Sewaktu trip hiking ke Yong Yap, crew terdengar bunyi ngauman harimau, katanya bunyi itu perlahan saja. Makanya masa tu, mereka suruh kami berhenti berjalan, duduk rapat-rapat dan jangan bergerak sementara mereka pastikan keadaan selamat. Di tangan dah tersedia parang.

Nah masa tu lah dorang perkenalkan nama Maybank stand for harimau. Katanya, jangan sebut nama harimau, takut terdoa ia datang, nanya nanti. Kan setiap kata-kata itu doa. Sama seperti kita cakap, "mesti hujan ni nanti". Janganlah doakan. Kang susah pula nak angkat sauh hujan-hujan ni. Cop tanah plak nanti.

Ilmu hutan yang sukar jumpa dalam buku ni kecuali kita mengalaminya sendiri. Keberkesanannya wallahualam bissowab.

Sekadar perkongsian untuk lebih berhati-hati pada pencinta gunung.

Comments