LUKISAN BUKIT BAGINDO @ GALERI MUZIUM NEGERI SEMBILAN.
Alang-alang dari Kuala Pilah dan mahu ke Seremban, laluan pulang ke Kuala Lumpur. Sempat juga menyinggah di Muzium ini. Tak ramai orang.
Kami tiba pada waktu hujan. Setiba je, hujan turun dengan lebat. Urmmm, menangisi kedatangan kamikah sebagai pelawat jauh atau menangisi kepulangan kami dari Negeri Sembilanπ
.
Mula-mula, perlu daftarkan nama (wakil je) di kaunter pendaftaran. Staff yang jaga di situ amat mesra orangnya.
Sebelum kami membongkar muzium ini, seorang staff ambil gambar kami dulu dan tanya pelawat dari mana. Kami datang dari rata-rata tempat. Akhirnya, disimpulkan kami dari Kuala Lumpur sajalah. Mahu dibuat apa gambarnya itu. Terdengar staff tu cakap yang ini pelawat yang jarang-jarang didapati (tuju kepada kawan lelaki). Mungkin golongan lelaki kurang minat dengan benda-benda bersejarah ini terutama di negeri orang.π
π
.
Usai bergambar, kami naik ke atas untuk melihat galeri muzium. Sayangnya tidak dibenarkan mengambil gambar. Sangat kreatif pelukisnya. Ada gambar rumah Negeri Sembilan, suasana kampung ketika hari raya, gambar yang entah apa, lama kami menilik, tidak jumpa apa motif gambar itu. Seperti lukisan main lukis jeπ
π
. Mungkin mata kami tidak begitu artistik hingga tidak tahu makna disebalik gambar itu.
Di satu sudut, tiba-tiba kawan perempuan kami memanggil kami kerana mahu tunjukkan sesuatu. Dia suruh teka itu gambar apa. Mula saya tengok memang tergelak. Tahu benar tempat tu di mana. Gambar itu ialah gambar Bukit Bagindo di Kuala Pilah. Baru 3 minggu yang lepas kami ke sana (23/2/20) meraikan birthday saya di puncak bukit itu.π
π
. Sungguh kenangan manis yang tidak boleh dilupakan.
Kemudian, kami terbaca perbilangan adat perpatih. Ikatan puisi yang biasanya merujuk kepada undang-undang lembaga adat perpatih. Ia juga merupakan kesantunan bahasa dalam undang-undang adat Negeri Sembilan. Seperti gaya bahasa gurindam pun ada. Yang saya ingat, "Emas penutup malu, tirai pembuka ruang....". Tu je ingat. Bahasanya sangat tinggi dan kami tidak berapa faham.
Kemudian siap kami discover, kami ke ruang galeri bawah. Jumpa staff di kaunter dan bertanya, apakah maksud perbilangan kata yang tersebut. Staff pun tak tahu juga.π
π
. Katanya mereka, nanti mereka tanya orang atas tengok beliau tahu ke tidak maksudnya (dalam nada gurau). Aiyaaπ
π
π
.
Di galeri bawah terdapat sejarah2 adat yang lain seperti pemakaian. Kemudian, terbaca pula mengenai sejarah Sime Darby, syarikat perladangan yang terkemuka. Juga mengenai sejarah getah di Malaysia. Dipaparkan pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia.
Kemudian, kami ke Rumah Negeri Sembilan dan Istana Ampang Tinggi untuk melihat senibinanya. Dalam laluan itu, kami ternampak arca batu megalitik (batu hidup - setiap tahun meninggi ) di sudut masuk ke rumah itu. Patutnya, megalitik yang betul ada di kawasan Kuala Pilah berhampiran rumah kawan perempuan saya. Namun, saya tidak mencadangkan tempat itu kerana berada di kawasan perkuburan. Antara kami ada yang lemah semangat sikit.
Kelihatan juga pasangan pengantin bersama bridemaidnya sedang photoshoot. Wah tahniah dah kawin. Kami tak tahu bila lagi.π
π
. InshaAllah coming soon. Dia banyak-banyak agar cepat dapat jodoh yang baik.
Di Istana Ampang Tinggi, kami hairan dengan pembinaan rumah ini. Yang tiada kipas api dan Aircond. Bagaimana mereka menguasai kepanasan di siang hari. Rupanya, cara pembinaan atap dan susunan daun di atap adalah mengikut arah angin. Jadi, salurannya itu sendiri boleh menantulkan haba dan juga menghalang hujan masuk. Sungguh bijak orang zaman dahulu.
Di sudut hujung pula, ada khazanah perahu dan jong. Tak baca pula sejarahnya.
Kemudian, di tengah laman ada meriam. Namanya meriam. Tak sempat nak baca sejarahnya juga. Sempat bergambar je. π
Nanti pergilah sendiri.
Sekian, itu saja.
Comments
Post a Comment