LOAD MAXIMUM BUAT SIS KENTAL


LOAD MAXIMUM BUAT SIS KENTAL


Trip kali ini aku belajar beberapa ilmu bergunung daripada guide lincahku.

1) LOAD - paling maximum bagi sister kental hanyalah cukup setakat 15KG sahaja. Perempuan tidak dicipta untuk angkat load. Peranakan harus dijaga. Khuatir peranakan jatuh terutama yang belum berkahwin. Kalau yang dah ada anak ramai boleh la. (Kata guider).😅

Setelah aku dapat ilmu ni, terus aku tukar beg dengan brother aku yang gentleman ni sebab beg yang aku bawa, loadny lebih 15KG. ðŸ¤£. Nasib baik brothernya gentleman.🤣. Ditukar dengan beg yang bawa load dalam 12KG.

2) WISEL - rupanya dekat tali beg yang kita beli ada wisel. Empunya beg sendiri pun tak tahu begnya ada function wisel. Adehh🤦🤦. Dan kegunaan wisel itu pula bergantung pada tiupannya. Tiupan pertama tandanya kita nak apa. Tiupan dua kali pula untuk apa. Dan tiupan tiga kali pula untuk apa. Rupanya wisel adalah alat bantuan semasa dalam hutan.

3) BATANG POKOK YANG DITAKUK - Takuk sekali ada maksudnya, takut 2 kali pun ada maksudnya dan takuk 3kali ada maksudnya. Ingat dorang takuk batang tu saja2. Ada maksud rupanya. Patutlah, masa trip ke Rajah nampak batang pokok yang seperti ditoreh. Yang aku nampak ada 3 torehan (takuk) pada batang pokok tu. Maksudnya, trek ini adalah benar2 laluan yang dilalui orang.

Satu lagi aku diceritakan mengenai penyakit hypothermia. Suatu penyakit yang akan datang bila keadaan terlalu sejuk. Especially semasa trip ke Gunung Yong Belar, yang dikatakan sejuk yang teramat. Sehinggakan penyakit ini boleh membawa kepada halusinasi. Astargfirullah. Haruslah kita prepare apa yang sepatutnya masa nak ke sini.

Sungguh trip Gunung Rajah via Chamang kali ini telah memberi ilmu yang mahal kepadaku yang akan dipergunakan suatu masa nanti. InsyaAllah.

#diarigadisgunung #blogger

Comments