JATUH CINTA DENGAN SNORKELING.
Walaupun jaket keselamatan dipakai, tidak menenangkan hati ini yang berkecamuk. Antara mahu teruskan ataupun tidak. Dibiarkan yang lain mendahului, sementara aku di akhir sekali melihat telatah mereka. Ini bukan laut paras pinggang, ini menghapus seluruh kepalaku. Bagaimana jika aku tenggelam?🙀🙀 Pelbagai bayangan benakku cipta.
Alatan snorkeling diberi. Menilik seketika. Bagaimana mahu pakai? Manalah aku reti. Diperhati guider pakai dan ajarkan. Apa? Bernafas pakai saluran itu? Aduhh. Entah berapa ramai sudah guna alatan ni. Berbasuh ke tidak? Macam2 ragam fikiran benakku meneka.
Diberanikan jua. Guider memberiku pelampung dan mengajarkan aku mengayuh kaki agar dapat seimbangkan diri. Kulihat yang lain, cemburunya. Mengapa mereka boleh berenang sedangkan aku tidak. Bergantung nyawa pada pelampung. Sebenarnya, kunci untuk pandai berenang adalah tenang. Supaya beban kita terasa ringan dan melampung.
Berminit juga aku membiasakan diri dengan laut. Kurang asam, kawan-kawanku ketawakan aku kerana menggunakan pelampung. Tunggulah korang, nanti aku pandai renang, aku surpress korang. 😛😛. Bertalu-talu juga diberitahu lepaskan pelampung itu kerana ada jaket, kayuh pakai tangan dan kaki. Aduhaii, tercabar pula rasa.
Akhirnya, pelampung dilepaskan. Gugel dan alatan snorkeling dipakai. Bersedia bernafas menggunakan saluran snorkeling. Diselamkan muka ke dalam laut. MashaAllah!! Satu perasaan kagum terlahir. Tidak mahu mataku berkelip daripada melihatnya.
Sungguh, terumbu karang begitu indah di bawah sana. Berbagai bentuk. Nemo bermain-main di depan mataku, namun tidak bisa dipegang kerana lebih pantas dalam berlari🤣🤣🤣. Gamat hitam kelihatan bertaburan di tanah laut. Ya Allah, ini lebih baik daripada hutan hiking.
Dek kerana keindahan itu, aku telah jatuh cinta dengan snorkeling. 2 jam melihat corals tidak puas sebenarnya. Aku tidak lagi gentar dengan laut. Tidak lagi pakai pelampung. Serius, aku mahu repeat lagi tengok taman laut ini.
Namun, seketika mungkin kerana terlalu banyak mengayuh, kakiku cramp. Ya, aku sebenarnya alert yang aku mempunyai cramp di air. Sebelumnya pun pernah berlaku. Nasib baik ada jaket dan pelampung yang diberi guider, tempat bergantung sementara aku menyembuhkan cramp kaki tersebut. Guider menyuruhku jangan mengayuh dulu, relaks kaki dan pegang pelampung. Beberapa lama kemudian, aku dah sembuh. Dah sembuh, maka teruskan semula snorkeling taman laut. Tak puas pokoknya.
Lama seterusnya, ku merasa penat. Memanjatlah naik bot untuk berehat. Alahai, hajatnya nak dapat rehat, tapi mabuk pula diberi sebab kata guider, duduk atas bot lebih memeningkan daripada di dalam laut. Dan laut lebih suam daripada bot, kesejukan. Maka, aku sudah malas nak turun. Guider sediakan tempat untukku muntah. Maka, termenung lah semula di birai bot merehatkan diri. Guider datang dan tertawa, "dah barai budak ni. Jom terjun laut, sana lebih ok dari atas bot ni". Aduh guider ni, kacaulah. Mula2 tak mahu, tapi bila kawan pula ajak, nak taknak, ikut juga akhirnya.
Maka, tiruklah semula ke laut. Kali ini, aku berdua dengan kawanku. Dibawa guider ke pesisir laut untuk melihat terumbu karang yang lagi cantik. Wahhh, di situ aku dapat melihat landak laut (sea urchin). Tapi, guider suruh berhati-hati supaya jangan terpijak. Nanti nangis🤣🤣. Seronok dibawa jalan2 oleh guider sehinggakan kami telah dihanyut jauh dari bot. Terdengar geng atas bot memanggil kerna waktunya sudah habis, bot perlu kembali ke jeti. Kami berdua hanya ketawa kerana guider yang bawa, bukan kami. So, salahkan guider lah kalau lambat🤣🤣🤣.
Memang kena marahlah juga sebab lambat. Sampaikan mereka mengusik nak tinggalkan kami naik bot masa seterusnya. Bila kami dah sampai dekat bot, tapi bukan bot kami. Bot asalnya dah gerak sambil mereka tertawakan kami berdua. Tulah siapa suruh pergi renang jauh2🤣🤣🤣🤣. Dah guider yang bawa, nak salahkan siapa. Dengan muka sedih kami rasa ditinggalkan.ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜. Rupanya mereka sekadar mengusik. Bot itu datang kembali mengambil kami berdua yang tertinggal. Semua dah tergelak dengan kesedihan kami. Kuang asam tul🤣🤣🤣.
Namun demikian, serius trip pulau ini sangat seronok. Aku dah encounter ketakutan ketika snorkeling. Dan akhirnya ada hobi baru. Iaitu snorkeling. Jadi pengejar pulau lah pula lepas ni. Oyeahh🤣🤣.
#kenangantersematdihati
Comments
Post a Comment