HOBI SUKA HIKING

HOBI SUKA HIKING.


     Aku pun tidak sangka punya hobi macam ini.

     Hobi yang sukar ditinggalkan. Dalam keluarga, akulah anak yang pelik, suka sangat masuk hutan.
Bukan kerana aku suka enjoy dan hidup bebas seperti kata orang, cuma aku suka keindahan yang disaji hutan. Sesuatu yang tiada diluar atau dikedai.

     Kadang2 aku jumpa binatang luarbiasa, kadang2 tumbuhan luarbiasa, sesuatu yang tidak pernah mata ini melihat.

     Kadang2 aku jumpa kawan luarbiasa,

     Kadang2 aku jumpa kawan yang melucukan, kawan2 yang boleh bercerita mengenai hutan.

     Semakin lama kaki ini berehat, semakin rindu pada hutan. Aku sangat berterima kasih pada orang-orang yang tidak benarkan aku ke hutan lagi. Ya, mereka adalah orang yang sangat menyayangiku. Dan aku sangat berterima kasih pada orang yang selalu menyokong hobi aku ini. Paling tak lupa, orang yang sponsor hobi aku ini. Jasamu sentiasa tersemat dihati. Next, sponsor pi Gunung Kinabalu lak😂😂.

     Walaupun gambar ini hanya kenangan yang lepas, namun, bila tiba masanya akan ku sambung balik hobi aku ini. Masih banyak keindahan hutan yang belum aku teroka. Masih banyak cerita yang ingin aku kongsi. InshaAllah.

Comments