HARUS - BUKA AIB ORANG UNTUK LANGKAH BERHATI-HATI.
Saya pun tidak ketinggalan terbaca hot issue berkenaan Gogo dan Line up. Dua-dua saya kesian. Peluru kecam dilepas tak henti-henti kepada gogo.
Firman Allah SWT maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka (kecurigaan), kerana sebagian dari buruk sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hujurat (49) ayat 12)
Sebab kesan mengumpat ini buruk sangat akibatnya. Janganlah mengumpat dan memperkatakan keburukan orang lain yang tidak izinkan syarak. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri”
(Hadis riwayat Abu Daud).
(Hadis riwayat Abu Daud).
Dan dosa yang sukar diampunkan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Namun, saya teringat yang dulu professor saya pernah ajarkan saya tentang HARUS buka aib orang tapi bersyarat. Ilmu itu ada dalam buku rujukan saya, (Sciences of al-quran & Islamic Studies, tak silap), tapi dah lupa letak dalam kotak buku simpanan yang mana.😅.
Ini penjelasan daripada Imam Muda Azlan.
7 TEMPAT & ASBAB HARUS BUKA AIB ORANG.
Pertama:
Mahu mengadu kepada qadi, polis, imam, ketua kampung dan sebagainya kerana teraniaya dan untuk dapatkan pengadilan. Tindakan si Hero ini dah bagus. Tapi, adalah lebih baik orang yang teraniaya tu sendiri buat laporan, bukan bagi pihak orang lain.
Mereka-mereka yang dizalimi juga dibenarkan untuk memberitahu kesalahan orang yang menzaliminya kepada orang lain agar pembelaan yang adil dapat dilakukan sebagaimana dalam firman Allah SWT maksudnya : "Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Surah an-Nisa' (4) ayat 148)
Kedua:
Mahu mencegah kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti kita melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan kita membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat).Kita hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Kita dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.
Mahu mencegah kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti kita melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan kita membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat).Kita hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Kita dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis riwayat Muslim)
Ketiga:
Meminta fatwa dari alim-ulama. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulama/mufti meminta fatwa. “Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?”
Meminta fatwa dari alim-ulama. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulama/mufti meminta fatwa. “Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?”
Aisyah r.a. berkata: "Hindun binti Uthbah (isteri Abu Sufian) berkata kepada Nabi SAW.: Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut dan tidak memberi cukup belanja kepadaku dan anak-anakku, kecuali kalau saya ambil di luar pengetahuannya. Nabi SAW. menjawab: Ambillah secukupmu dan anak-anakmu dengan sederhana.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keempat:
Memberi PERINGATAN (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukannya.
“Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi SAW. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi SAW. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi SAW. ada menceritakan keburukan orang lain untuk mencapai maksud yang dibenarkan oleh syarak. Dan tiada pilihan lain melainkan memberitahu aib orang berkenaan.
Kelima:
Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikan, bidah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, berjudi, amalkan sihir, ambil rasuah atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.
Yang perlu ditekankan adalah adakah dengan perbuatan mendedahkan kesalahan orang lain ini boleh menyebabkan orang lain berhati-hati atau boleh menyebabkan orang lain berjaga-jaga daripada keburukan yang dibawa oleh orang yang didedahkan keburukan tersebut.
Keenam:
Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan yang tidak baik itu, elakkan..
Ketujuh :
Untuk memilih pemimpin negara dalam pilihanraya demokrasi..
Seseorang pemimpin yang mahu melayakkan dirinya sebagai seorang pemimpin, rakyat perlu tahu latar belakang dan jenis pemimpin yang perlu mereka pilih supaya pemimpin yang dipilih itu nanti adalah seorang pemimpin yang baik dan bersih. Kesilapan rakyat membuat pilihan menyebabkan mudarat yang lebih besar melanda negara jika rakyat tidak di dedahkan keburukan pemimpin tersebut. Tetapi keburukan-keburukan tersebut perlulah mempunyai bukti yang sahih dan tidak boleh membuat tuduhan dan andaian mengikut emosi.
Rakyat perlu juga mengetahui secara jelas cara pentadbiran dan pengurusan yang pernah dilakukan sebelum dipilih semula samaada telus atau berlaku penyelewengan .
Yang perlu ditekankan dan yang paling penting adalah kesahihan sesuatu maklumat. Keburukan atau benda yang tidak baik yang hendak dinyatakan itu mestilah benar dan sahih semata-mata. Jika tidak, ia akan jatuh ke lembah fitnah.
Justeru itu, sasaran ataupun tujuan untuk mendedahkan kesalahan orang itu perlu jelas dan mempunyai matlamat yang dibenarkan. Niat seseorang itu mestilah betul dan ikhlas dalam memperkatakan keburukan seseorang itu. Yakni yang boleh memudaratkan orang ramai jika tidak diperkatakan.
Jalan yang paling selamat, adalah jika sesuatu berita itu masih samar-samar dan tidak dapat dipastikan kesahihannya. Jangan terus menyebarkan berita-berita tersebut kerana bimbang kita tidak berada di pihak yang benar. Islam amat menekankan supaya kita berhati-hati terhadap berita-berita yang dibawa oleh orang fasik. Islam juga amat menititberatkan dan menyuruh kita menyemak dan mengkaji dahulu berita-berita yang kita terima. Allah SWT menjelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Surah al-Hujurat (49) ayat 6)
Credit to : Imam Muda Azlan.
Wallahu’alam..
Comments
Post a Comment