GIAN HIKING


GIAN HIKING.

Hiking diibaratkan seperti rokok. Yang menghisapnya rokok dipanggil perokok. Sukar mahu berhenti merokok. Berkali-kali cuba pun, tetap ketagih. Ada yang cuba berhenti merokok, sehari dua kemudian, demam. Teruk penangan rokok. Nak mula bukan main senang, nak berhenti bukan main susah🤣🤣.
Sama juga dengan hiking. Yang mendakinya dipanggil pendaki. Sekali minat hiking, payah nak berhenti. Berkali-kali cuba gantung kasut pun, dua tiga kali orang ajak, terpujuk juga. Turunkan balik kasut yang digantung tadi. Payah nak berhenti. Terutama bila sudah jatuh cinta dengan hutan.
Jika rokok, sanggup beli Dunhill, Marlboro, Kretek dll yang naik harga sekalipun. Sama juga dengan hiking. Sanggup beli kasut Solomon, Adidas, dll yang beratus-ratus, sanggup beli beg deuter, Quechua dll beratus-ratus ringgit. Mahal tiada masalah, asal dapat guna untuk hiking. Fuhhh. Sanggup ke trip2 yang mencecah beribu-ribu seperti ke Anapura Basecamp, dll. Cayelah.😂😂.
Gian tu sukar nak ubati. Serius sukar. Saya sendiri pun banyak kali gantung kasut, sampai kena marah. Tapi, tetap cari jalan nak masuk hutan juga🤣🤣. Ada lah juga hajatnya nak habiskan G7 walaupun merangkak-rangkak.
Jadi, bila tiba musim monsun (hujan bah), banyak gunung tidak dapat didaki dan ditutup kerana hujan, khuatir licin, tersembam dan mencederakan fizikal kita yang fragile ini. Bukit Singa di Pulau Kapas pun tidak dapat didaki kerana licin.
Tak dapat hiking, maka tukarlah kepada aktiviti snorkeling. Lihat keindahan taman laut pula. Batu karang yang cantik. Gamat, sea urchin, sea cucumber, nemo, dll tampak sangat indah, seindah hutan.
Guys boleh cuba jika tak percaya. Bakal jatuh cinta dengan taman laut pula. Seperti saya yang sudah jatuh cinta dengan snorkeling taman laut.😂😂. Don't worry, tak pandai berenang, pelampung dan jaket ada. InshaAllah selamat punya. Saya sendiri pun tak pandai berenang. Pakai pelampung dan disamping guider je supaya tak hanyut jauh😂😂.

Comments