FOOD HUNTER PART 1 @ SUSHI KING, SETAPAK SENTRAL



FOOD HUNTER PART 1 @ SUSHI KING, SETAPAK CENTRAL.



Harga: tengok menu.
Status : Halal (InsyaAllah).

Dulu pernah makan sekali masa di Universiti. Orang belanja kita on. Mula2 pelik jugak menengok nye. Boleh makan ke tak mulut ni dengan makanan orang Jepun ni. Tapi tahu ianya halal.

Sekali cuba, perghh, nak lagi.

Pada kali kedua kesini pun, ada orang belanja. Kita on terus. Rezeki jangan ditolak.🤗🤗🤗.

Yang menjadi favorite ialah telur ikan Salmon yang warna oren itu. Mengiurkan. Sampai sekarang, kalau tengok Sushi, yang dicari ialah telur ikan Salmon dulu. Namanya Tsubukko. Harganya dalam RM 4.40 (2pcs).

Kemudian, favorite yang kedua ialah sotong. kat sini ada set sotong merah. Namanya Chuka Lidako (Seasoned Baby Octopus). Harganya dalam RM 6.60 (2 pcs). Siapa yang tidak biasa makan, jangan makan. Nanti rasa loya kalau tak kena dengan mulut. Saya pun tak recommended yang ini. Biar saya sorang aje yang tahu rasanya. ðŸ˜…

Sempat grab manisan yang bergerak di meja gerak. Namanya Hanjuku Cheese Cake. Baik yang ini sedap. Manis dan melelehkan. Harganya dalam RM 4.40 (bekas kecil).

Selain itu, si belanja orderkan shashimi. Namanya Norwegian Salmon Shashimi. Tengok memang nampak pelik. Tapi, bila makan, perghh lembut, masam manis. Sedap. Salad pun sedap dicecah kuahnya.
Harganya dalam RM 16.39.

Ditambah lagi dengan sup apa entah namanya. Yang ada tauhu, kubis, cendawan shitake, tauge. Lupa dah berapa harganya. Plus, Lemon Tea Ice.

Sudah tentu tak makan sorang2. Share lah. Sharing is caring kan. Si belanja order yang dia, kita rasmikan dulu.😂😂😂.

Dulu, setiap kali gaji selalu pergi food hunter dengan sahabat baik. Well, sebulan sekali gitu. Banyak tempat kami pergi. Dah masuk Restoran Manhattan Fish Market (makan lobster), Soeul Garden (hot pot makan sampai kenyang), Boat Noodles, Madinah Cafe, Qasar Balqis, Wadi Hadramawt, Jom Bali, Nandos, La Terra Zu Cafe, San Fransisco Cafe, Richiamo Cafe, Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood (PD), My Cendol. Serius yang ni semua orang belanja. Rezeki mana boleh tolak.

Tak kurang juga tempat makan best yang belanja sendiri dan belanja orang lain seperti Soru Station, Lanun Steak, Polperro Steak House, The Rack Boutique Cafe, D'Apple Cafe, Kopi Club, Texas Chicken, Hayaki, Restoran Cendol & Rojak, dll. Dah tak ingat. Best sangat rasa macam-macam makanan.

Namun, tetap ada alah makanan. Hanya closed person saja tahu apa yang kami boleh makan dan tak boleh makan.

Namun, apabila sahabat baik sudah mula sambung master, dah kurang jadi Food Hunter sebab save duit untuk belajar. Saya pun duk fokus hiking.

But right now, again, saya dah jumpa partner baru food hunting🤗🤗🤗. So, boleh continue hunting lagi lah lepas ni. Jeng jeng jeng.🤣🤣

Apa-apapun, semoga suatu hari nanti dapat jadi Chef terkenal disamping menulis. Amiin.😅😅.

Nikmat menikmati makanan tu....umphhhh nikmatnya.

Nanti kalau ada Restoran viral best, moh ler share nah. Kita pi serang🤣🤣.

#foodhunter #ep1

Comments