CARA WUDHU' MUSLIMAH GUNUNG.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2400639840028552&set=gm.700812060400819&type=3&theater&ifg=1
Tak sah solat, rugilah.
Tak solat pula, Allah marah taw.
Jangan jadikan alasan darurat, jika masih mampu.
ANGGOTA WAJIB berwudhu' (Fardhu Rukun Wudhu'):
1- Niat
2- Muka (dari tumbuh rambut termasuk side burn).
3- Tangan (kedua tangan, dari jari ke siku secara musta'mal)
4- Kepala (asalnya sebahagian kepala/rambut tapi mengikut imam Syafie, memadai lh sikit kepala/rambut hadapan)
5- kaki (kedua-dua kaki termasuk celah kaki ke buku lali)
6- tertib
(Surah ke-5, Al-Maidah, ayat 6)
Ulangan: Sekali je (wajib), 3 kali (sunat).
Lihatlah, Islam itu mudah.
Namun, cara begini hanyalah apabila hadapi kesulitan tiada air sahaja ya (tak jumpa sungai/punca air/air yang ada nak digunakan untuk minum). Senang kan, sucikan 4 anggota badan ni saja, dengan sekali sapuan pun cukup (yang wajib2 saja). Boleh jimat air dan tak susah pun.
Bersyukurlah Allah bagi rukhsah (kelonggaran) daripada 8 anggota badan yang perlu disuci kepada 4 sahaja bila bertemu dengan kemudaratan seperti ini.
BAHAN WUDHUK' (jika tak jumpa punca air).
1- Sebotol air kecil (1.5 ml)
- jika sukar ambil wudhu' seorang diri, minta tolonglah kawan muslimah untuk tuangkan air. Berjimat-cermatlah menggunakan air, jangan sampai membazir.
2- Spray (botol spray yang diisi dengan air mutlak) - paling senang pakai spray. Tak membazir dan cermat. Tak perlu bantuan orang lain untuk ambil wudu'.
Senang je nak cari botol yang boleh spray ni. Recycle je botol minyak wangi/serum/moisturizer/
Senang kan. Sapuannya pula boleh musta'mal (=terpakai, sapuan air yang sama saja, tanpa terputus usapannya yakni tak angkat tangan ). Terutama nak sapu siku. Ratakan air sempurna dengan sekali sapuan saja. Jika tangan diangkat untuk usap di bahagian atas siku menggunakan air yang sama, tak sah wudhu' sapuan pertama sebab itu dikira sapuan kali ke-2. Mungkin ada yang tak faham apa itu musta'mal. Nanti boleh tengok YouTube bagaimana sapuan air musta'mal.
Menjawab persoalan yang ditanya oleh hiker muslimah tentang perlu tak buka tudung masa nak ambil wudhu'?
Ok ini jawapannya.
Jika dengan membuka tudung, aurat terlihat oleh lelaki, lebih baik tak payah buka. Hukum dedah aurat berdosa taw. Muslimah sejati jaga batas-batas aurat dengan baik demi maruah dan sifat malu dalam dirinya.
TEMPAT WUDHU'
1- Mula-mula cari tempat tersembunyi (tertutup) dahulu. Jika ada hutan yang boleh terlindung dari lelaki, maka pergilah cari. Ajak kawan muslimah temankan, jangan pergi sorang-sorang, bahaya.
2- Jika takut untuk pergi ke hutan yang tersembunyi (takut binatang buas/perkara tidak diingini berlaku), maka ambil je lah wudhu' di tempat terbuka. Belakangkan lelaki. Dengan syarat jangan dedahkan aurat.
Macam mana tu supaya tak dedahkan aurat?
CARA WUDHU' MUSLIMAH
1- Angkat tudung separuh (letak atas kepala) - pastikan ada kawan muslimah yang temankan untuk cover aurat yang terdedah.
2- Masukkan jari dalam tudung (tanpa buka tudung) - jika rasa insecure/sukar buka tudung, maka tak payah buka tudung. Cukuplah sekadar masukkan jari ke dalam tudung untuk menyapu anggota WAJIB (anak rambut termasuk side burn jika sapu muka dan anak rambut hadapan sahaja jika sapu kepala). Cuci jari dengan air mutlak dulu, baru masukkan ke dalam tudung. Biasanya yang sukar adalah untuk menyapu anggota muka dan kepala.
3- Kaki - jika pakai stoking, buka dulu. Jangan sapu atas stoking. Jika sejuk tidak membunuh, jangan cakap darurat. Jika takut aurat kaki nampak, cover lah kaki tu dengan sapu tangan atau ada kain batik lagi elok atau suruh kawan muslimah tolong cover.
Jangan ambil wudhu' tanpa buka kasut. Nak ikut cara khuf pun kena ada syaratnya. Kasut kamu tebal sangat ke sampai tak boleh bukak kasut/ sejuk sangat sampai boleh membekukan ke jika buka kasut? Jika kamu bukan askar yang sedang berjaga dengan hadirnya musuh negara, jangan ambil jalan mudah.
Para ulama' ada yang bersetuju, berwudhu' (sapu air kat tudung/kasut) boleh digunakan tapi jika betul-betul dan benar-benar dalam keadaan yang boleh memudaratkan muslimah jika tersentuh air.
Maqasid syariah itu ada 5.
Menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan, dan menjaga harta.
Jika buka kasut dan stoking untuk ambil wudhu' tidak membuatkan harta kamu hilang/dirampas, maka buka lah.
Jika tidak membuatkan keturunan kamu nanti malu, maka buka lah.
Jika tidak membuatkan akal kamu jadi gila, maka buka lah.
Jika tidak membuatkan kamu terbunuh, maka bukalah.
Yang terpenting adalah agamamu. Nak jaga agama, rukun Islam perlu ikut. Islam itu mudah, tapi kita jangan ambil mudah.
Balik rumah, praktis dulu cara wudhu' ini sebelum nak gunapakai. Jangan main redah je. Nanti complain susah plak nak amal. Pastu tak solat atas alasan sukar/darurat.
4 anggota wudhu' perlu disapu sempurna walaubagaimanapun cara kamu guna. Kerna sempurna wudhu' maka baru sah solat. Tak sempurna, maka kamu buat kerja sia-sia.
Ya, Islam itu mudah, namun jangan ambil mudah.
Sumber: (Ustaz Ansori - Rumah Fiqih) https://youtu.be/
Buya Yahya - Al-Bahjah TV (https://youtu.be/
Ustaz Azhar Idrus - Cara berwudhu' yang betul. (https://youtu.be/
Syed- alumni UIA, fakulti ilmu Qur'an & Sunnah
Bekas pelajar tahfiz.
Otai gunung Black Mountain
Comments
Post a Comment