SIRI ZIARAH MASJID EP 16 @ MASJID SRI SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN.
Otai ada cadangkan untuk saya melawat masjid berupa Taj Mahal ini memandangkan ana ada hobi suka ziarah masjid. Alhamdulillah, memang masjid yang sangat cantik seperti dikhabarkan.
Nun jauh dari jalan raya sudah kelihatan masjid yang gah berdiri ini. Apabila memasuki pekarangannya, persis masuk ke dunia lain. Aura Taj Mahal di India dirasa. Memang macam duk kat Taj Mahal yang kat India tu seperti yang diceritakan dalam medsos dan buku.
Siapalah tidak mahu jadi seperti Mumtaz Mahal. Dicintai Shah Jahan walaupun setelah mati. Sehingga mengappresiasikan cinta itu di atas nama sebuah Taj Mahal. Setiap kali orang datang, kisah cinta mereka akan diperkatakan, akan selalu diingati. Untung jadi Mumtaz Mahal.
Kawasan parking tiada masalah sebab luas. InsyaAllah ada tempat.
Mula-mula masuk, nak cari tandas dan tempat wudhu' (lelaki & perempuan) - berada di sebelah kiri (laluan berbumbung ke dewan utama masjid). Cuma, di hadapan perempuan, di belakang lelaki. Ternampak ukiran bungaaan India di dinding masuk tandas perempuan, cantik sekali. Siap boleh buat photoshoot.
Di sebelah sisi kanan tandas ini pula, dipisahkan dengan bangunan perpustakaan dan pejabat pentadbiran. Sistematik dan terurus.
Di hadapan masjid pula, ada ruang lapang. Rumputnya dilarang pijak. Kemudian, ada tempat wudhu' lelaki betul2 di hadapan masjid. Ramai yang bergambar di hadapan masjid. Ramai juga yang sedang duduk di bangku sambil menikmati indahnya masjid.
Sayangnya, ana tidak berpeluang masuk solat ke dalam masjid. Hanya wakilkan kawan-kawan. Mesti lagi cantik di dalamnya.Bagaimanalah rupa mimbarnya, @ atap kubahnya. InshaAllah ada rezeki datang lagi.
Masjid ini bukan saja dijolok orang sebagai Masjid Taj Mahal, malah sebagai Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniah.
Masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China. Allahu, sungguh unik. Sungguh melimpah- ruah pahala kepada pewakaf masjid ini. Ini masjid kedua yang beliau wakafkan. Pertama ialah Masjid Hussain (a.k.a Masjid Putih) di Seremban 2. Semoga beliau dirahmati Allah selalu. Amiin.
Masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China. Allahu, sungguh unik. Sungguh melimpah- ruah pahala kepada pewakaf masjid ini. Ini masjid kedua yang beliau wakafkan. Pertama ialah Masjid Hussain (a.k.a Masjid Putih) di Seremban 2. Semoga beliau dirahmati Allah selalu. Amiin.
Comments
Post a Comment