BIRTHDAY WISH TO MY HIKING BUDDY.
Permulaan 2019,
permulaan persahabatan kami,
menguatkan lagi halawatul ukhuwah kami,
Kali pertama bersua muka,
di dapur haram #camhike Denai 3 Puteri,
Dek gelap malamnya,
tidak panjang perkenalan.
Kali kedua bersua muka,
Dek sendu berjalannya,
kami menguasai perjalanan,
Tanpa berpaling.
Gelak ketawa, susah duka,
kami lalui bersama,
Ibarat setiakawan sepanjang hayat.
Perjalanan perihnya,
Kami lalui dengan tabahnya,
Menjadi kenangan yang kemas tersemat.
Perkenalan singkat,
namun hati budi kami tertaut,
dek setiakawan hebat,
sehingga di setiap pergunungan,
kau ada, aku ada, buat peneman.
Umur Kita jauh berbeda,
Namun itu bukanlah penghalangnya,
Sebagai kakak ku hormatimu sentiasa,
Namun, panggilan namamu lebih akrabkan kita.
Semoga halawatul ukhuwah ini sentiasa berkekalan,
Tidak lekang dek panas, tidak suram dek ribut.😂😂
Sempena hari mengingati tika kau dilahirkan,
Tidak banyak ku minta,
Cukuplah dapat merasa nasi minyak Kelantan.😂😂.
Doa yang baik, kita amiinkannya.😂😂
Comments
Post a Comment