ATTITTUTE NOT ALTITTUTE


ATTITUTE NOT ALTITUTE.


Perkongsian bersama.

Tak kisah team mana-mana pun, jika mereka dilihat mementingkan attitude bukannya puncak semata-mata, itulah team yang seeloknya kita risik.

ATTITUTE - iaitu lebih kepada memupuk dan menjaga adab sebagai hiker terlebih dahulu.
- sikap kita dengan sesama hiker (bertegur sapa, tidak biadap, tidak sombong, tolong-monolong, jaga pantang larang di hutan dll). Pokoknya tidak melampaui batas.

ALTITUTE - iaitu puncak yang kita inginkan. Semua orang nak sampai puncak kan? Jika attitude dah lulus, barulah girang hati sampai puncak. Orang akan bersorak gembira untuk kita walaupun lambat sampai.
Jika tak mampu ke puncak, tidak mengapa. Jangan paksa kerna tak lari gunung dikejar. Nanti dah ok datanglah lagi.

Inilah dia moto team Black Mountain. ATTITUTE not ALTITUTE, yang saya suka sangat join sebab attitude mereka membuatkan saya rasa nyaman dan nak repeat lagi join trip.





Alhamdulillah, walaupun sekadar melihat gambar, namun tahniah buat yang berjaya menawan 3 puncak semalam. InshaAllah jumpa next trip.

#sypunprnahjdlineup #lineupkepoh

Comments