THAHARAH SEBELUM AMBIL WUDHU'


THAHARAH SEBELUM AMBIL WUDHU'

     Kesinambungan nota wudhu' sebelum ini dan menjawab pertanyaan seorang hiker yang sangat mengambil berat tentang solat di gunung.
     Lepas ini, mohon pendaki Muslim yang lain take noted ibadah yang satu ini. Sambil hike sambil beribadah.
     Sebelum ambil wudu', kita perlu ber thaharah dulu. Thaharah ialah bersih dan suci dari segala bentuk kotoran (Bahasa) / mengangkat dan menghilangkan kotoran atau najis (Syari'e).

Diri kita perlu bersih dari:
1. Hadas.
** Sesuatu yang melekat dalam badan kita.
Hadas kecil: perlu buang air kecil/besar dulu sebelum ambil wudu'. Hukumnya harus. Baru selesa perut dah tak memulas/buat hal masa solat. Tak pasal-pasal tak khusyuk nanti kalau perut berona.
Hadas besar: seperti junub, haid dan lain2. Wajib mandi wajib dulu sebelum berwudhu'.
Allah Subahanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan jika kamu junub, maka mandilah...” (Al-Maaidah: 6).
Barulah diri akan rasa bersih dan selesa untuk solat.

Diri kita juga perlu bersih dari:
2. Najis.
Wajib taw bersihkan pakaian kita dari najis sebelum berwudhu'.
Firman Allah Subahanahu wa Ta’ala, “Dan pakaianmu, bersihkanlah.” (Al Mudatstsir: 4).
Perlu bersih dari najis Mughallazhah (berat), najis Mukhaffafah (ringan) dan najis Mutawassithah (sedang).

Saya fokuskan pada najis Mutawassithah iaitu najis yang keluar daripada tempat private kita.
Pastikan underware yang kita pakai sebelum solat bersih dari lendir/keputihan:
1. Air mazi - cecair putih kerana bersyahwat
2. Air wadi - cecair putih selepas kencing/keringat angkat benda berat.

Air mani pula? Tidak termasuk najis. Ianya berstatus suci. Pakaian tidak perlu dibersihkan tapi perlu mandi.

"Setiap kencing, mazi, wadi, atau sesuatu yang tidak diketahui atau diketahui yang keluar dari dzakar (kemaluan bagian depan), maka semuanya hukumnya najis kecuali mani.” (Imam Syafie - kitab Al-Umm).
Paling dekat yang kita ambil ialah wadi, iaitu keputihan yang keluar selepas kencing atau lepas angkat load. Hukumnya najis dan perlu bersihkan dulu sebelum solat. Tapi, jika ianya memang betul2 keluar dari saluran kencing.

Ustaz Fahmi Assegaf SE https://youtu.be/GFHygFHSEJc
Ustaz Azhar Idrus https://youtu.be/8Pat2LbrG4o
Ustaz Baba Ismail Sepanjang Fathoni https://youtu.be/uIWHckDhUx4

     Tapi, jika ianya keluar bukan dari saluran kencing, maka ianya bukanlah najis tapi sekadar kelembapan (bagi wanita lah). Tak perlu cuci.

   Jika tak tahu keluar dari bahagian mana? Maka, eloklah kita bersihkan dulu. Suci bersih, baru selesa dan tak was-was untuk solat.

   Sumber juga dari bincangsyariah.com. , Ustaz saya yang berkelulusan dari Universiti Islam Madinah, Kolej Tahfiz dan UIA dan dalam bidang agama Islam dan alumni sekolah tahfiz.

CARA NAK BERSIHKAN NAJIS?
Kalau tiada air, jangan risau,
* batu pun boleh - 3 batu. Tak semestinya 3 batu. Kalau 1 batu mempunyai 3 sisi, boleh je istinja' dgn tiga sisi berbeza dalam 1 batu.
*Tisu pun boleh - Tapi, bukan tisu basah (wet tissue) kerana syarat istinja' ialah mesti pada benda kesat dan kering. (Ikut Mazhab Syafie).
Tapi, kalau lepas istinja' batu, kemudian nak guna wet tissue, ok no problem🤗.
* Daun kering.
(Sumber: Kitab Misbahud Duja fi Syarah Safinatunnajah).

KENAPA SUSAH SANGAT NAK BERSIHKAN?
     Sedangkan gunung yang payah kita boleh daki, mengapa hal yang senang seperti ini payah pula untuk kita buat? Melainkan kita tidak titikberatkan kewajipan solat.
     Jika kita ikut cara otai gunung, ada yang membawa kain pelikat dan short pants spare ketika bergunung (bagi lelaki). Nak solat je, buka semua seluar dalam atau luar, pakai pelikat je. Ada yang pakai short pants di dalam pelikat sebagai tambahan.
     Bagi perempuan pula, seeloknya pakai pantiliner sebelum masuk gunung dan bawa kain sarung sekali jika tahu nak bergunung pada tempoh yang lama. Setiap kali nak solat, tukar pantiliner. Kain sarung pula digunakan untuk cover diri ketika tukar pantiliner tu.
    Saya tahu, perempuan biasanya takut untuk berjauhan dari kelompok hiking. Sebab tu lah ajak kawan perempuan awak tu teman untuk tukar jap kat celah hutan tu.
    Kalau seorang je perempuan? Gunalah kain sarung untuk cover line dan suruh suami/kawan laki awak tu membelakangkan awak. Pandang depan jangan skodeng. Jika dah takut sangat/ takdak tempat tertutup untuk tukar.
    Makanya penting bawa kain sarung. Tak berat pun. Lagi berat dosa tinggal solat taw.
    Kewajipan Muslim jangan diambil remeh. Mendaki pun mendaki jugak. Tapi, solat tetap solat jugak.

    Boleh rujuk nota sebelum ni juga untuk info lebih mengenai solat dan wudu'.
    1. Bolehkah berwudhu' dengan celupkan diri dalam sungai? https://www.facebook.com/groups/300298530452176/permalink/709056006243091/
    Semoga bermanfaat.
    Kredit ilmu :otai #BlackMountainResources & Crews Ilmiah #BlackMountainResources #OstadAnas
    Kredit foto: Bro Zarul.

Comments