TARBIAH KETENANGAN
Pendaki yang ke Gunung Yong Belar (G7), pasti akan melalui kebun nan hijau ini. Sudah pasti terdetik di jari nak berfotografi di sini. Perlu jalan naik sikit untuk masuk ke kebunnya. Biasanya, waktu turunlah kebanyakan orang swafoto meraikan kemenangan selamat pergi dan selamat kembali di sini. Time naik belum sempat, sebab sedang bersedia untuk mendaki.
Namun, nak ambil gambar boleh, tapi mohon kebenaran penjaga kebun dahulu untuk masuk ke tapaknya walaupun sebentar cuma. Tengok greenlight ke redlight. Kalau tak bagi greenlight, jangan redah, tanaman orang tu. Nanti tak berdisiplin pula jadi nya.
Kami minta kebenaran dulu ya sebelum bergambar. Atas alasan kerana kami mencintai kehijauan😂😂.
Bagi bahasa isyarat dari jauh pun mereka paham. Especially sisters, cepat sahaja dia bagi kebenaran.
INGAT, dah dapat kebenaran, amik gambar je, jangan gatal2 nak memetik letak dalam beg ok walaupun geram nengok. Sentuh pun jangan ok. Takut nanti sayur tu merajuk, kang layu, jatuh pula harganya🤣🤣.
Lagi sekali, INGAT!! Minta kebenaran dulu. Kebun ni bukan kebun kita. Jagalah ia sebagaimana tukang kebun menjaganya.
Comments
Post a Comment