TANGLUNG BUKIT TAISHO.
BT= Bukit Taisho. 😅
Nun jauh di pelosok Bahau, dikelilingi estet kelapa sawit, didiami ramainya komuniti Cina, tercipta indah sebuah bukit, yang dahulu kala dimitoskan sebagai bukit naga, di mana bukitnya yang berbentuk naga gagah yang menjadi simbolik kekayaan bagi komuniti Cina. Wallahualam bissowab.
Bukit yang sangat indah. Dijaga rapi, didekorasi indah bak pusat pelancongan di negara luar. Tersedia buaian papan buat pengejar view puncak. Bayu pagi yang mencium pipi menambahkan lagi asyik, tadabbur alam. 🤗 Bunga-bungaan mati dihias indah di susur naik puncak. Bangku buluh menambahkan lagi keunikan tempat ini. Pendaki boleh melabuhkan punggung sambil menikmati angin laju bukit sehingga mahu tercabut tudung itu🤣🤣.
Mungkin diri ini tidak pernah melihat tanglung di lokasi yang specifik ini, maka terlalu kagum dan seronok apabila menyusuri puncak ini. Sepanjang laluan puncak itu di deret dengan gantungan tanglung merah. Ya, ianya adat komuniti Cina, ciptaan mereka. Tapi, tidak salah kita memuji dan menikmati keindahan adat orang lain asalkan tidak bercanggah dengan syarak. Bab kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pemandangan". Jauh kot kami datang, dari KL sana.🤣🤣
Kalau dilihat, buluh merupakan tarikan seterusnya selain tanglung. Dititi buluh, dibatang buluh, dipacak buluh, dibangku buluh, dipintu gerbang buluh, diatap daun mengkuang @ kelapa. Unik. Sungguh kreatif.
Kemesraan orangnya Chinese itu lagi menambah perisa indahnya Bukit Taisho ini. Tak lokek dek senyuman dan sapaan. Siap boleh berseloroh dan diajak bergurau sama-sama lagi.
Semasa turun, terlihat estet kelapa sawit dan rumah-rumah yang sedang dalam pembinaan. Di kaki bukit pula, terlihat arca patung Buddha yang sedang merapatkan tangan ibarat berdoa gaya agama Chinese-Buddha.
Apa-apapun, kita hormat adat resam orang, maka mereka pun akan hormat adat resam Kita. Itulah hidup bermajmuk. InsyaAllah.
Comments
Post a Comment