SETIAKAWAN DAPAT ELAKKAN MENTAL BREAKDOWN.
Begitulah indahnya setiakawan. Ko ada untuk aku, aku ada untuk kau. Walau mengharung pacak ke, syurga pacat ke, taman mainan gelongsor ke, taman duri berdarah ke, dayhike period berubah dari short kepada longest ke, kena sengat oleh das lebah ke, kepewaian ke, zombi berjalan ke... ko ada aku ada saling memerlukan.
Setiakawan adalah salah satu ciri bagi seorang pendaki y berattitute sejati. Tidak payah pun nak buat.
Jika ada dua sahabat yang join sekali dalam satu trip. Senang saja nak kekalkan setiakawan tu. Jika sahabat 1 laju, biarkan dia pergi dulu, namun jika encounter masalah, si kawan baik segera membantu. Bantu temankan ok dah🤣. Jika sahabat dua, jalan slow ke belakang, si kawan kenalah tunggu bersama-samanya. Biasanya yang paling ke belakang ini, adalah yang pewai awal. Jangan tinggalkan sahabat sendiri2 taw. Dah ko ajak dia pergi trip sama2, kenalah turun naik dan pewai sesama.
Bila sahabat satu ditakdirkan sakit contohnya kena serangan sengat tebuan/lebah ke. Si kawan boleh tinggalkan sahabat 2 di belakang atas jagaan sweeper, walaupun dia tidak berapa selesa dengan orang lain, dan berkejar membantu sahabat 1. Kekal disamping nya sehingga dia betul2 ok. Tak dapat bantu secara fizikal (jika kawannya lelaki), bantu menceriakan/ bantu bertenang pun dah ok. Bukan tak ada crews yang jaga, namun, itulah namanya setiakawan. Kuasa setiakawan boleh elakkan mental taw.
Jika dah sihat, tiba2 dia laju berdesup, haa biarkan. Bagi je dia berdesup, awak kekal je dengan sahabat 2 yang perlukan peneman sehingga ke puncak tu. Sahabat 2 pun perlukan bantuan anda juga dari segi support mental.
Itulah makna setiakawan dari sudut saya. Tidak tinggalkan kawan kerana mengejar puncak.
Comments
Post a Comment