TAMAN TASIK TITIWANGSA



PELAN-PELAN KAYUH.

     Ok, kali ini sis nak kongsi experience sis sebagai newbie dalam aktiviti cycling pula.

      Aktiviti : Berbasikal single (RM 10)
      Berbasikal double (RM 15)
      Tempat : Taman Tasik Titiwangsa.
      Durasi : 1 jam.

     Cycling sini seronok dilakukan pada waktu pagi @ petang.

     Waktu pagi - sehingga jam 10 pagi, cahaya matahari masih kategori vitamin D. Lepas waktu ni (sehingga jam 3.00 ptg), UV nya sudah kategori bahaya.

     Waktu petang - biarlah redup sikit. Panas2 nanti hitam pulak, terbakar😅😅#sekadarnasihat
Tasik Titiwangsa ni, kalau nak keliling dengan berjalan kaki, sejam tak cukup kalau pace santai. Luas sangat. Kalau berbasikal, banyak tempat boleh lawat. Masa pun jimat.

     Antaranya: Taman rama2 ni, banjaran tinjau yang lawa, taman mainan, tempat picnic dll.
Dah berbasikal tu, cubalah cari tasik buatan selain tasik utama bekas lombong. Ikut sejarah pembinaan taman tasik ini, terdapat tasik yang dibuat sendiri. Cuma, saya tak jumpa yang mana satu dan di bahagian mana.

     Well, tempat ini memang seronok sangat kalau nak dibuat tempat training @ exercise @ aktiviti berkeluarga yang lain. Aktiviti usrah dan halaqah pun best.

     Apalagi, yukk.

Comments